Wednesday, May 20, 2009

"dats sumthing about her..."

Dari mana hendak ke mana?
Dari kota turun ke jeti,
Dari mana datangnya cinta?
Dari mata turun ke hati.
-Adeef

Ahah! Sasaran baru nampaknya… cantik ah!
Memang tak salah lagi penglihatan mata cantik yang aku warisi dari ibuku ini. Siswi baru tu memang tengok aku dengan mata yang mencerlang. Kenapa? Ada aku kenal?..tak kan! Abis tu, nape buat muka yang terperanjat maha dasyat macam aku tak pakai baju. Kemeja aku sama corak macam dia pakai jugak, yang sekali pandang macam kain tirai tingkap kat bilik asrama Jati. Abis tu, kenapa pandang aku macam dia kenal aku...satu sekolah kah kita? Dah Adeef! Kau tu dah lambat, dewan pun dah penuh, saja je nak bagi si Zimi, abang fasi yang anti-Adeef tu kenakan kau. Jalan cepat sikit Adeef, kau tu terhegeh-hegeh jalan. Mak ai, ramai jugak kemasukan kali ni. Apabila menjadi seseorang yang masuk lambat ke sesuatu majlis, rasa macam jadi celebritylah pulak. Semua orang pandang dan mula kedengaran suara-suara halus yang berbisik-bisik. Tapi silap banyaklah, Adeef loves attention! Haha! Hai..yang si Addin ni pun satu, kenapa la boleh tinggal kopiah dia ni atas katil aku. Tak pasal-pasal aku kena pakai masuk ke dewan, alasan takut terlupa. Dah la tak gerakkan aku dari tido, dibiarkan aku lena diulit intan. Mentang-mentanglah aku tido lambat semalam, balas dendam la tu. Takpe, ada ubi ada batas. Mana budak Addin ni......Ha! Tu pun dia, line ke 3 dari barisan hadapan. Aduh! Depannya! Teruk betul la Addin ni. Skema tak hengat. Fuh! Nasib baik ada tempat kosong lagi.

“Ayin! Teruk la kau ni..ada ke kau tinggalkan aku. Tak guna btol la kau ni...ni, yang atas kepala aku ni, ko nak ke tak? Kalau tak nak,aku pakai.” Bisikku seakan mengugut.

“Ssshh.. dah la datang lambat, bising plak tu. Aku terlupa. Bak balik kopiah aku. Kang bau minyak rambut kau yang berkati-kati tu melekat kat kopiah aku.”

“Ewah! Sempat lagi ko mengutuk aku ek.”

“Ala, jangan la marah. Ni aku simpankan tempat untuk kau, kira 0-0 k” sambut Addin sambil menadah tangan menyambut kopiah kesayangan bertukar tangan. Kopiah tu pemberian opah kepada Addin ketika ditanya benda apa yang dia nak dari Mekah.

“Kalau betol opah nak bagi, Ayin nak kopiah. Kalau boleh Ayin nak warna koko, warna tanah.” Jawab Addin dengan pastinya. Apabila ditanya kepada aku, ni jawapannya...

“Hmm..Ayip tak boleh fikir la opah. Tak tahu apa benda yang Ayip nak. Kena fikir dulu... tak pun macam ni, opah bagi je apa-apa pun, Ayip terima dengan hati terbuka. Hehe!” senyumku sambil mempamerkan lesung pipitku. Percuma untuk wanita kesayanganku itu. Hasilnya, opah telah membelikan kami serba satu barang, 2 kopiah, 2 jubah, 2 serban, 2 sejadah dan pelbagai lagi barang yang memang dibelikan serba 2. Opah kata tak payah nak sakit-sakitkan kepala memikirkan barang apa yang perlu dibeli. Lucunya, jadilah kami seperti 2 stoogers yang berpakaian sama pada hari kenduri kesyukuran, khusus menyambut opah yang baru pulang dari Mekah. Rindu Opah....

“Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua adik-adik peserta orientasi. Saya Zimi Haikal, ketua fasilitator orientasi kita pada kali ini. Saya harap adik-adik peserta dapat mengikuti segala program orientasi yang telah diaturkan untuk anda semua. Orientasi kita dah berjalan selama 2 hari termasuk hari ini, ada 2 hari lagi untuk anda semua bergelar siswa-siswi universiti ini. Jadi, kepada semua adik-adik, sila bersabar dengan pelbagai program yang bakal mencabar emosi dan fizikal anda. Selamat menempuh hari yang ‘menyeronokkan’. Saya serahkan majlis kepada fasi yang bertugas...” ucapan titik.

Ucapan dari Zimi mematikan segala rasa rinduku terhadap Opah. Terbang segala bayang-bayang Opah di minda aku ketika ini. Serentak dengan tepukan tangan dari semua peserta, aku pun spontan mengalihkan badan dan memandang ke belakang. Mencari-cari wajah yang menangkap mataku tatkala aku masuk ke dewan tadi. Nah! Itu dia! Di barisan 5 sebelah kanan barisan aku. Hehe! Malulah tu, tertunduk-tunduk dia bila aku curi-curi pandang dia. Comel!

1 comment:

hurly-burly-promulgate said...

salam,

namg naddy...boleh berkenalan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...