“Duhai hati…
Kenapa hati berdebar?”
Jawab hati…
“Tanyalah mata
Kerna mata bisa mengungkapkan segalanya”
“Duhai mata…
Apa yang kau pandang?”
Jawab mata…
“Aku saksi segala...
Kerna dari mata pasti turun ke hati...
Segalanya bermula di sini…”
-Saffi
Goaty!!!
Tall, dark (not too dark actually, typical Malay lah. Sawo matang gitu..), and goaty!!!!
Ekspresi hatiku tatkala terpandang makhluk tuhan yang paling seksi! Erk! Makhluk tuhan yang paling menarik kat dalam dewan semasa orientasi hari pertama. Walhal, si dia ini berpakaian sama je dengan aku dan semua orang yang terpaksa memakai baju rasmi universiti yang amat tidak menarik dan sangatlah tidak mengikut fesyen semasa. Siswa dikehendaki memakai kemeja lengan panjang dan siswi pula berbaju kurung dengan corak yang sama. Aku bukan seorang trend follower, tapi baju kurung yang berwarna biru dengan corak yang ditekap dengan logo universiti tidak menjadikan sesiapa pun akan merasa istimewa. Sementelah semua pelajar baru dikehendaki memakai sebegitu, jadi apa yang menariknya untuk dilihat. Tudung kuning cair yang tidak diseterika atas permintaan kakak fasilitator terpaksa kupakai untuk hari pertama orientasi. Oh! Amatlah tidak best perasaannya. Tapi aku menjaga hati dengan memikirkan semua pelajar siswi pun senasib denganku dan ini hanyalah salah satu cabaran sepanjang empat hari sesi suai kenal yang aku fikir semuanya akan berakhir tidak lama lagi. Lagipun aku memang dikenali sebagai seorang yang simple dan boleh dikatakan tidak kisah dengan penampilan mahupun gaya yang dipertontonkan. Tidak hairanlah semasa di sekolah dahulu aku dipanggil Saffi Slumber. Itupun aku boleh dikatakan sebagai pelajar senior yang wanted oleh pelajar junior dek kerana sifat aku yang sempoi bak kata geng aku. Jadi, setakat tudung dan baju yang bekeronyot dek tidak diseterika bukan satu masalah untuk aku yang bernama Saffiya Hana. Kat sekolah dulu pun selalu je aku pergi sekolah dengan baju yang tidak sempat diseterika, ye lah...nak tunjuk pada siapa. Lima tahun berada di sekolah yang kesemuanya perempuan menjadikan aku seorang yang begitu...Saffi. Ada aku kisah? Tak kan? This is me! Tapi, apa yang berlaku sebentar tadi menjadikan aku seorang yang ambil kisah terhadap penampilan. Alamak! Tudung aku keronyotlah! Mulalah aku buat-buat kelepet tudung bagi menutup kegugupan aku. Gugupkah aku? Ada aku kisah? Ada! Memang aku kisah...
Saat si goaty memasuki pintu dewan, dengan tidak semena-mena aku yang duduk di depan memandang ke belakang dan mataku tertancap ke arah subjek yang sedang berjalan dengan penuh berhemat. Padahal sepanjang 15 minit aku berada dalam dewan, aku langsung takde inisiatif untuk memandang ke arah barisan yang menempatkan siswa di sebelah barisan siswi. Lain pulak jadinya apabila si goaty memasuki dewan, aku dapat merasakan bahawa bukan aku seorang saja yang menyedari aura si goaty ini. Boleh tahan jugak mamat ni. Tak berkelip mata aku memandangnya. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah, si goaty ini memakai kopiah, bukan songkok ye kawan-kawan! Kopiah rock warna kelabu. Dengan ketinggian yang agak luar biasa (ketinggian 165cm adalah normal ye bagi lelaki Melayu, imagine si goaty ni 170cm, tinggi la tu!). Agak tidak sopan sebenarnya bagi seorang siswi macam aku memandang seorang siswa dengan pandangan yang tajam lagi menikam. Ye lah, macam dah terbalik pulak. Patutnya siswa yang mulakan langkah sulu, bukannya siswi, nak-nak siswi yang junior macam aku. Cewah Saffi, Saffi…baru satu hari dirimu berada di tanah subur, bumi Arau ni. Hai la hati, janganla dikau berdegup dengan begitu kencang, kang tak pasal-pasal si goaty dapat tahu apa yang tersirat di dalam hati. Dup dup!…dup dup! Eh, chop! Bukan dup dup..lup dup…lup dup! Alamak, si goaty pandang aku lah. Betul ke dia pandang ni. Macam tak logik pulak pasal aku ni takdelah cantik, tapi takdelah buruk bak kata geng aku tatkala aku mengatakan bahawa takde lelaki yang nak kat aku yang kayu ni. Ceh! ada jugak statement menjaga hati by Yuvie & Nuno ni. Kuikuikui! Adakah si goaty sedar dirinya menjadi tatapan mataku yang sepet macam anak Uncle Kong yang selalu hantar gas ke rumah aku. Adakah dia tertanya-tanya kenapa budak siswi ni pandang dia semacam, seakan-akan dia memakai baju tidak cukup kain. Tapi, cara dia memandang balik takdelah macam dia marah. Cuma pandangan yang dilontarkan tu sukar ditafsirkan. Pandangan suka atau tidak suka, itu aku tidak pasti. Cuma dua alasan tu saja yang bersilih ganti dalam akal aku yang belum cukup matang ni demi meredakan perasaan aku yang bercampur baur dengan…menggelabah!
Aina! Aku dah jumpa katalis yang bakal mengubah hidupku sepanjang 3 tahun di Arau! Twink, twink!
Aina! Aku dah jumpa katalis yang bakal mengubah hidupku sepanjang 3 tahun di Arau! Twink, twink!
Nostalgia giler bab-bab katalis ni. Aku boleh dikatakan agak expert dalam hal-hal mencipta satu anjakan paradigma bagi membolehkan aku berasa seronok untuk menjalankan sesuatu benda yang aku memang tidak bersemangat langsung nak buat. Contohnya dalam hal melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku tak suka, nak nak tercampak jauh kat Arau ni. Lepas je dapat result SPM, aku terus bertekad tak nak ambil subjek yang berkaitan dengan Sains lagi. Tapi, nak buat macam mana, benda yang kita tak nak, selalunya itu yang akan kita dapat. Zaman sekolah dulu, ‘benda-benda’ ni dipanggil S.A iaitu singkatan untuk secret admirer. Kalau korang bersekolah di sekolah perempuan, mustahil korang tak pernah dengar term macam tu. Tipulah kalau korang cakap yang benda-benda ni takde dalam kamus hidup korang. Kalau korang nak tahu, sepanjang aku bersekolah dulu, rasanya ada dua, tiga orang secret admirer aku kumpul (i’m straight okey!). Bukan aku sorang je yang buat ‘perangai’ camtu, kawan-kawan aku semua ada secret admirer masing-masing. Kitorang collect S.A kat tuisyen atas alasan S.A ni akan menjadikan kami lebih konsisten menghadirkan diri ke kelas tuisyen tersebut. Aku and the geng memang terkenal dengan kemalasan untuk ke kelas tuisyen. Duit bulanan kitorang bayar, tapi dua, tiga kali je kitorang hadir dalam sebulan. Rugi kan. Tak pun, kitorang hadir masa seminar penting je contohnya seminar macam mana nak tackle soalan exam dan seminar persediaan untuk peperiksaan. Tapi, dengan adanya S.A kat kelas tuisyen tu, kami akan menghadirkan diri dengan rela hati dan tanpa dipaksa, ilmu pengetahuan akan cepat sampai ke otak. Aku tak menafikan yang S.A jugaklah yang menyebabkan aku berjaya mendapatkan result yang boleh tahan dalam SPM yang lalu (kalau nak dibandingkan dengan geng aku yang lain, aku the worst, hehe!).
Nak dijadikan cerita, bestfriend aku, Aina sempat berpesan pada aku tatkala aku mengatakan bahawa hidupku akan boring dengan ketiadaan beliau di sisi aku. Katanya…
“Nak boring apanya, cari S.A sorang, aim yang tu ja sepanjang 3 tahun hang kat sana. Aku yakin life is not so boring my dear.”
“Nak boring apanya, cari S.A sorang, aim yang tu ja sepanjang 3 tahun hang kat sana. Aku yakin life is not so boring my dear.”
Betul Aina, tak salah lagi pesanan petala kelapan yang dikau kirimkan kepadaku tempoh hari. Akan ku jayakan misi ini dengan penuh dedikasi. Cewah!
No comments:
Post a Comment