Saturday, July 18, 2009

~sesuci saffiyah hana~

S.a.f.f.i.y.a.h H.a.n.a
Sesuci jiwa
Aurat terpelihara
Fahami jiwa
Fleksibel
Ikhlas hati
Yakin diri
Anggun pesona
Hati tulus
Hidup bermaksud
Akhlak terpuji
Naluri An-Nisa
Aspirasi taulan

- Adeef Iman

“Well, well, well….Saffiyah Hana Zaid…sedap nama tu. Sepadan dengan orangnya. Si dia takdelah cantik macam siswi lain, tapi ada sesuatu yang menarik mengenai dia yang sopan berkerudung litup. Si dia juga takdelah pandai bergaya seperti Amal, pelajar Pengajian Perniagaan yang terkenal dengan tudung lilit ala-ala jelitawan Wardina Saffiyah, tapi ada sesuatu mengenai si dia yang menarik bola mataku untuk terus melihatnya. Si dia takdelah pandai mengucapkan kata-kata seperti Milia, rakan sekelasku yang petah berkata-kata sehingga dinobatkan sebagai antara pedebat terbaik universiti, tapi tutur katanya amat mendamaikan jiwa walhal segala-gala yang keluar dari mulut kecil itu hanyalah bertujuan untuk meranapkan jiwa aku. Kadang-kadang lucu juga bila ku fikir-fikirkan. Teringat lagi kata-kata Ayin...

“Weh Ayip, ko ni suka sangat kacau budak puan tu. Kesian aku tengok dia. Kalau betol ko sukakan dia, janganlah mengusik sangat. Kang dia mengadu kat mak bapak dia, padan muka ko. Anak dara orang tu...”

“Hehe! Relaxla. Aku pun tahu dia tu anak dara orang, tu sebab aku kacau. Kalau anak teruna orang, tak ke haru. Haha!” ujarku sambil meletakkan buku yang baru ku baca. Kacau betol la Addin ni, mood nak baca buku dah mari, dia pulak buka cerita pasal ‘budak puan’ tu. Haiz!

“Takdelah. Aku bersembang dengan Jim tadi. Dia bagitau aku, ko asik kacau sorang siswi ni, apa namanya... Saffiyah?..ha, Saffiyah.” Addin meletakkan kopiah di atas meja dan merebahkan diri di atas katilku. Korang jangan salah sangka pulak, Addin ni bukan roomate aku ye, bilik dia selang sebuah dari bilik aku. Tapi, memandangkan kami ni kembar, susah untuk kami tidak bersua muka dalam jangka masa yang panjang. Aku relax je, Addin ni kadang-kadang dia yang lebih. Rindu kat aku la tu, hehe! Kalau diikutkan sejarah hidup kami sebagai kembar selama 19 tahun, kami tak pernah berpisah jauh. Alhamdullilah kami telah berjaya melanjutkan pelajaran di kampus yang sama walaupun kursus yang kami berdua ambil, berlainan. Ini pun, tiap-tiap malam mesti datang lepak bilik aku. Kalau exam weeks, siap dengan bantal, comforter angkut masuk bilik aku, konon stay up la tu.

“Heh, pembetulan ye. Bukan kacau, usik pun tak. Aku cuma tegur dia je, nak berkenalan. Ala! Standard la kalau orang laki nak start tegur budak puan...bukan luak pun” terangku dengan muka tak bersalah.

“Luak tak luak. Kalau suka, cakap suka...ko buat anak orang macam tu, kalau aku jadi abang dia, nahas ko aku kerjakan. Bukan aku tak tahu ko punya ‘tegur’ tu macam mana.” nasihat Addin. Aku pulak memuncungkan mulutku tanda protes. Saja je aku buat macam tu untuk bagi Addin rasa part dia sebagai abang. Dah biasa kena marah dengan si Addin solehin ni. Hehe!

“Haha! Ni mesti Jim cerita yang bukan-bukan kat ko ni, betol tak?” Jim@Azim a.k.a roommate, coursemate, classmate, dan lab partner aku. Tak guna betol la Azim ni, ada ke dia cerita dengan Addin peristiwa petang tadi. Azim ni geng P.I dengan Addin, tu sebab dia rapat dengan aku, dia rapat dengan Addin. Aduh! Susah la kalau ada spy pencen yang kaki cerita dekat Addin. Hish!

“Kampus ni kecik je weh....kalau bukan Jim yang bagitau, ada ramai lagi yang nampak.”Addin seakan-akan berbisik sambil matanya dah start menelaah buku di atas katil.
Uik! Addin dah start ganti tempat umi kat sini dah ni. Aku menggaru kepalaku yang tak gatal. Ala, nak takut apa, aku tak buat salah, buat apa nak rasa bersalah. Salahkah aku ‘tegur’? Imbasan kembali peristiwa petang tadi, time tu aku baru je keluar dari kelas terakhir untuk hari ini. Telingaku menangkap suara-suara ketawa di belakangku.

“Hee! Betoy Thi, aku habaq betoy kat hang. Cerita ni memang lawak habaq mai. Aku tak sangka yang Cek Lan ada dalam bilik tu, aku bubuh assignment tu bawah pintu dia hang tau dak. Aku ingat dia tak dak pasal kat luar bilik dia ada tampal tulis kata dia tak dak. Yang bestnya, aku boleh cakap kat Balqis “Cek Lan ni time aku rajin antaq assignment, dia bukannya ada. Time aku tak antaq tu, pulun suruh aku antaq!” Tup tup! Coih! Dia bukak pintu hang tau. Terkejut aku dengan Balqis.....bla bla bla..”

Ternganga aku dengar budak siswi tu bercakap. Serius loghat utara dia ‘dalam’ sungguh. Aku yang selalu dengar budak Kedah sebelah bilik aku tu bercakap takdelah ‘dalam’ sangat macam ‘si dia’ di belakang aku ini. Tanpa mengendahkan Jim yang berjalan di samping aku, serta merta imej nakalku menjelma. Aku terus menoleh ke belakang…Eh,eh...ulam dicita, pucuk mendatang....

“Assalamualaikum. Minta kerjasama ye, kalau nak bercakap, sila perlahan sikit ye. Kelas lain ada yang tak habis lagi. Lagi satu, hmm...sila betulkan tatabahasa yang awak guna. Banyak sangat kesalahan.” Dengan muka penuh selamba, ku lontarkan senyuman sinis. Jim tertawa kecil melihat drama kecil. Sebenarnya aku nak tengok reaksinya...

“Hello! Hang ni pening ka apa? Hang cuba tengok sekeliling...” terhenti sebentar tawa-tawa comel yang menangkap telingaku sebentar tadi.

“Hello! Ye, nak cakap dengan siapa?” aku menyakat’nya’ sambil tanganku menggayakan seakan-akan telefon ke telinga.

“Erk, pasai pa dia ni..Kawan hang ka ni Thi? Buat lawak pukul 5 petang ka..” si dia terus-terusan membuat pertanyaan. Kawan ‘si dia’ hanya menjungkit bahu tanda tidak kenal.

“Kawan seagama. Betol tak, Thi?” aku membuat pernyataan sambil mengalihkan pandangan ke arah Thi yang aku boleh mengecamnya dari perbualan sesingkat tadi.

“Errrrr...Thi, aku rasa sebelum muka aku naik hijau, dan muka mamat ni jadi biru, better kita belah dulu. Berbulu dah aku rasa ni.” ‘Si dia’ melangkah laju bersama kawannya meninggalkan aku yang baru je beroleh ‘kemenangan’. Hehe! Syok juga kacau orang ni. Kembang hatiku sebentar. Tiba-tiba ada satu sapaan ke atas bahuku..

“Uik Adeef! Ko buat apa depan kelas aku ni. Kacau siswi kelas aku pulak tu, macam aku tak tahu.” Budi, ‘jiran’ bilikku memulakan kata.

“Heh! Mana ada, muka aku ni muka pengacau ke? Aku ni baik la...”

“Baik ada makna tu, haha!” pecah ketawa kami bertiga. Cis! Tak guna kau Budi! Sempat kau kenakan aku.

Blok D yang menempatkan kelas Kejuruteraan Awam dan juga makmal untuk pelajar Sains kami lewati sambil berbual kosong. Antara kelas yang menjadi feveret kerana si dia berada di kelas sebelah. Setiap hari Rabu dan Jumaat, tepat pukul 5 aku tidak akan melepaskan peluang untuk menatap wajahnya, tanpa ‘si dia’ sedari kelibatku yang sedang memerhatikannya. Cuma hari ini, nasibku agak baik kerana berkesempatan untuk menyapanya, walaupun cara tersebut mengundang amarah. Pedulik apa aku, janji aku boleh dengar suara dia, haha! Adeef, Adeef....kau ingat anak dara orang ni takde perasaan ke..haiz!

“Bud, budak puan tadi tu siapa huh?”

“Heh,baru keluaq soalan tu, Jim. Aku ingatkan sampai ke sudah dia tak mau tanya..lawakla hang ni,hee!”

“Eh, apa pulak, aku saja nak tau je. Takde maksud lain pun. Aku ni kan baaa….ikkk!” saja aku tekankan perkataan baik tu supaya menutup segala kegugupanku.

“Baiklah sangat. Macam la aku dengan Jim ni tak tau hang memang ada hati kat budak tu. Aku dok tunggu bila hang nak tanya aku…akhirnya!” tu dia, habis semua loghat utara dia bawak keluaq petang tu.

“Bagitau je la Bud, aku takut ada orang tak tido malam ni..” sampuk Jim yang dati tadi hanya menjadi pemerhati bebas.

“Aku nak bagitau la ni. Aku ni bukanla kejam sangat. Aku pun nak jugak tengok kawan-kawan aku bahagia. Hehe!” ujar Budi yang semakin lama semakin naik tocang mengenakan aku. Si Budi a.k.a Budi Suhardi ni anak seorang penyajak tersohor. Tidak hairanlah namanya pun berbaur seniman. Aku juga tidak terkecuali antara yang menanyakannya ada apa pada namanya (jawabnya ada apa dengan cinta, begitu juga dengan namanya. Heh, si Budi ni!)

“Hey, takde papelah...” aku masih berteka-teki.

“Takdak papa dia kata, Jim. Yang selang sehari dok kacau budak tu apa ke hal nya. Yang bestnya tu, budak tu jugak yang dia kacau.”

“Haah, aku setuju. Budak kelas ko kan, Bud?”

“Aku malas la nak kata apa kan, si Adeef ni tarik papan, sorong papan pulak...”

“HAHA!” ketawa besar aku dengan Jim. Gila la budak Budi ni, kadang-kadang ada je ayat yang menggelikan hati keluar dari mulutnya.

“Ok, ok. Aku mengaku kalah. Dua lawan satu memang aku kalah. Baiklah Tuanku Bud, siapalah namanya gerangan yang selalu hamba usik di perkarangan taman nan indah tuanku tu?” sengaja aku berlakon ala-ala purbakala dek kerana si Bud ni yang selalu menceriakan suasana.

“Hehe, sejuk hati aku dengar. Nama budak tu Saffi…Saffiyah Hana Binti Zaid. Budak tu boleh tahan cenge hang tau dak. Mula-mula kenal dengan dia, berperang dulu dengan aku. Maklum la, dia sekolah puan semua, aku pulak sekolah laki semua. Kira tak sebulu la. Tapi, lama-lama ok la. Cuma dia terbawak-bawak sentimen ‘perkauman’ mai sini. Sekolah dia tak baik dengan sekolah aku. Tapi yang aku heran tu, budak sekolah dia ramai yang couple dengan budak sekolah aku. Tang mana yang perang pun aku tak tau. Dunia ni pelik kadang-kadang.” Panjang lebar pulak si Budi ni menerangkan kepada aku. Dalam diam, semua informasi yang diberikan Budi ku simpan kemas dalam ingatan. Aku pun tak menyangka yang aku akan mudah tertarik kepada salah seorang golongan hawa di muka bumi Arau ni. Haiz! Jiwa kacau ni! Seorang Saffiyah Hana alias Saffi... Apa kelas nick Saffi...Saffiyah?..patut Piah la kan. Haah! Piah....hmm....

Friday, July 17, 2009

"sama tapi tak serupa"



Chop! Aik! Awat ada dua orang muka sama?

La..kembar rupanya. Aku tengok yang mana satu tadi hah? Ui! Gilerlah…serius sebijik muka depa sama..kembar seiras kot.. Tapi, yang pastinya aku tengok tadi pakai kopiah. Hai Saffi…memang taste tak lari, mesti yang alim-aliman, jenis yang tutup kepala, tak kisahla pakai kopiah ke cap ke, kemudian orang tu dalam kategori berkulit cerah. Lagi satu syarat yang memang tak boleh belah…orang tu mesti bergoaty. Memang menangkap mata! Sepanjang aku ada sejarah secret admirer ni, semua S.A aku bergoaty. Mungkin aku banyak terpengaruh dengan gaya family aku. Ayah, Pak Lang, Pak Su, Abang Mi, Abang An dan kebanyakan warga lelaki di dalam keluarga aku berjanggut. That’s explain everything huh! Twink! Twink!


Hehe! Aina, rezeki datang bergolek rupanya. Bukan sorang S.A ja aku dapat, sekali mai pakej, dua dalam satu. Teringat time sesi pagi tadi, aku yang dah berpengalaman selama 4 tahun dalam bidang ushar-mengushar tewas akhirnya di tangan mamat goaty tu. Boleh dia pandang-pandang, jeling-jeling ke belakang. Aku yang semestinya tak bersedia dalam erti kata sebenar mulalah menggelabah biawak, ala-ala biawak yang berjaya ditangkap oleh tuan reban ayam apabila mencuri telor. Aku bukannya cuak, cuma malu apabila tindakan berani mati aku memandang tepat ke arah si pria secara terang-terangan berjaya ditangkis seeloknya bak Rashid Sidek menangkis bola tangkis ke gelanggang lawan. Bergh! Mata coklat itu menambat banyak hati di dalam dewan tadi. Bukan aku sorang saja yang merasakan aura si goaty itu, ramai juga siswi yang mengushar baik punya, sementelah mamat tu adalah individu yang paling akhir masuk ke dewan. Ketinggian dan gaya yang tersendiri membuatkan gerangan lelaki itu kelihatan gah di mata semua since individu yang datang lambat ke suatu majlis sepatutnya tidak beroleh tumpuan ramai, duh! Hmm...Sounds interesting rite! Can’t wait to see how next 3 years will change my life…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...