Saturday, January 22, 2011

"....satgi mak bakaq"

"amik simpan smua buku kartun tu!...satgi mak bakaq!"
"mak ni...bknnya dosa pon bca buku kartun ni...haizzz mak ni!"
"dok baca buku kartun tu la yg buku pelajaran xbaca tuh!
ingat boleh masuk U klu ralit dok baca buku kartun tu?~~"

tu dia mak aku mngamuk...xsilap aku waktu tu aku form1, adik aku nasran darjah 6.
kami 2 org gila kumpul komik. adik aku pengumpul tegar Mutiara Naga @ Dragon Ball, Misteri Naga @ Dragon Quest, Pedang Setiawan..er, ada 2-3 lg yg aku xingat tajuk dia apa. aku pulak pengumpul tegar Juara Bola Keranjang @ Dear Boys (versi translet ke bahasa melayu). tukang lukis dia hiroki yagami. xtau la psaipa aku dok gila kumpul komik tu. best psl dia punya kartun lawa, ensem (ensem ke kartun...), cerita dia best, pastu dia punya dialog best la. sng faham utk bdk2 mcm aku ni (masa tu la..). wlaupun aku sekolah pompuan semua, geng2 aku pakat dok kumpul gak komik tu. harga komik tu rm3.50, pastu dia naik rm3.90, ada skali tu rm4.20. cuba bayangkan adik aku yg skolah rendah masa tu, berapa byk dia spend utk beli semua komik kesukaan dia, ce bayangkan, ce bayangkan... la ni, harga mcm tu mmg murah la, waktu aku dulu, harga camtu ibarat elaun aku utk seminggu. nak tak nak, aku kna myimpan, boh dlm tabung. mmg aku tak missed langsung beli komik feveret aku tu sampai la aku form5. gila-tak-matured aku ni kan. :)

buku act 1 - episod 1

takumi fujiwara, ranmaru miura, tsutomu ishii, kenji dobashi, kazuhiko aikawa
(perghhh! aku ingat lg tu! hehe!~)

bila dpt beli tu, perasaan puas ati tu hanya aku n adik aku ja yg tau, xmkn tu waktu rehat, punya simpan duit nk beli komik tu. pastu pakat kongsi baca. nk jd cerita, adik aku ni sorg bdk laki yg bila baca komik, tak reti nk simpan balik. dah tau mak aku mmg tak bg kami beli bnda2 merapu (mak aku yg kata), adik aku dok tak reti tu la, kot la nk simpan sgala komik2 dia lpas baca. ni dak...lpas baca, komik bersepah atas katil. apa lg, kantoi la dgn mak aku time dia masuk check kami baca buku ka dak. aku ingat lg, mmg mak aku mngamuk gila ari tu, dia amik semua komik2 kami, kumpul satu tempat. dgn aku-aku skali terkena, abis mak aku masuk geledah bilik. adessss...hampeh tol la adek aku ni. turun naik tangga la org tua tu dok punggah satu bilik. kesian la jgk aku tgk, termengah2 dok angkut komik2 adek aku yg byk gila tu. aku dgn adik aku senyap tak kata apa, dah buat silap, berani nk bising2 kat dpn mak aku. kemuncaknya...mak aku amik tong minyak gas....adik aku mula bertindak...cepat2 dia ligan mak aku...aku dah tawakal dah...(hehe! anak baek)

"mak! tu nk buat apa tu?"
"nk bakaq la...ni, lg bnda ni dok ada, hampa xbaca buku!"
"la...ish mak ni, bkn abg xbaca buku, abg lupa nk simpan ja buku cerita tu...makkk...jgn la makkkk"

pujuk punya pujuk, hampehhhh...mak aku mmg bakaq betoy smua komik tu. menimbun haa komik, mcm bakaq sampah tu...mcm tu la. stress je aku tgk adek aku dok melangut, mencangkung tepi tu, tgk sgala 'harta' n 'nyawa' dia kna telan dek api. kesian aih aku tgk, aku cpt2 amek pencakar sampah, sempat la 'cakar' komik2 yg kat tepi, yg api xdan nk sampai. cpt2 kami bwk masuk dlm bilik. aku sempat slamatkan hak aku 2 buah, adek aku mmg ksian la, 2-3 buah tak dpt dselamatkan. rentung serentung-rentungnya.

"weh kak, awat hg punya komik xbyk mana?....hg sembunyi!"
"hehe! pandai mkn, pandai simpan la...."
"ooo, patutla hg tak risau...patutla hg tak p ligan mak, tak p pujuk mak..hampeh hg, kak..."
"tu la, org dh ckp dah, lpas baca, amik simpan...seb baek hak kak punya terlepas 2 ja kat mak...tgk ni ada bau minyak gas lg ..."

lpas kejadian tu, mmg kami 2 org beringat sungguh2, lpas baca simpan. jgn dok letak merata. letak dlm bilik pon tak selamat. ada skali tu sepupu aku pulangkan balik komik adek aku melalui mak aku...hehe! agak2 sampai dak komik tu kat adek aku...harappp! sampai la ni, bayang pon xnmpk. hebat mak aku, bila tnya beliau kata "tak tau..."

tu la knangan aku n adek aku time muda2 dulu. skrg, komik2 adek aku xtau p mana dah. aku punya....ada lg! td aku secara tak sengaja terjumpa balik smua koleksi komik2 aku tu, dr ACT 1 sampai ACT 3. tau kat mana? dlm laci meja lama kat hujung bilik. hehe! hebat tu! tu yg aku tiba2 buleh tercerita psl komik nih..hehe! nostalgia btol la. ptg td smpat baca 3 buah...tanpa gangguan..aman je rasa, hehe!~

fut-note;
1.aku berenti beli komik bila aku start masuk Uitm...
2. aku curi2 baca kat MPH n Borders lpas tu...hehe!~
3.aku baca komik dolu2 pun, aku maseh dpt masuk u...(hipotesis mak aku salah..hehe!)
4. ada 2-3 patah perkataan loghat utara...bakaq=bakar, ligan=kejar, boh=letak (kot2 xfhm, juz shoot me k)

wit luf


14 comments:

JIJI YU said...

aku pon same gak..dulu salu je tapau duit adek2 lime puluh sen sorang nak belik komik..konon2 nak kongsi2 le..

~naddy~ said...

hehe~ aku slalu je kna mcm tu. anak sulung mmg camgitu` kna korban skit. :)

jeBateja said...

wowowowowowowo...den dulu sampai gi motong gotah sobab nak beli komik....pehhh...kesian tul

aqish basir said...

tak suke bce kartunnn tgk kartun pon tak suke hehe

~naddy~ said...

jebateja; hooo, klu sampai p motong tu kira otai dah tu, hehe
aqish; alaaaaaa~ kartun la best..:) mesti xtgk tangled ni...:)

sipencintasalji said...

saya pun macam awak... sampai form 5 kumpul komik... hehe~ lepas tu tak beli komik dah... baca online pulak... tp lepas masuk U ni dah jarang baca komik... sibuk sampai tak de masa nak baca...

kamarukom said...

wahh komik jepun mmg la mamat die hnsem2..suke sgt eh!

qaqa said...

hahaha,, lebey kurang jer kite,, tp qaqa buku dektektip conan,,
ujang,, utopiaa,,n gempak.. haha

~naddy~ said...

sipencintasalji; tu la, masuk u pon dok curi2 baca gak, hehe! dah jd habit

~naddy~ said...

kamarukom;suka la...tu yg beli tu, nk tgk mamat2 ensem, haha!
qaqa; utopia n hype!! tu pon ada dlm koleksi gak, berkotak ada kat umah.tgu nk p recycle ja, huuu~ sedey

Amni said...

sebenarnya boleh je berjaya tu.. komik tu bukan penyebab tak berjaya.. hehehe... pandai2 bahagi masa la kan... tapi biasa kott... maka nak kita berjaya, tak nak kita leka.. tu yang buat macam gitu kan? hehehe...

~naddy~ said...

tu la, mak mana nk tgk anak dia tak bjaya, dia pon senak perut tgk kita dok ralit baca komik, hehe!~ tp comic is 1 of 'brain generator'..hehe!

sipencintasalji said...

'brain generator"... ahaks.... i like tat~

~naddy~ said...

sankyu..sankyu! :) like dat too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...