minggu lpas je aksi makan kuasa dua telah berjaya dilakukan dengan jayanya yakni kejayaan pemakanan yang sangat jayanya...dilakukan oleh orang-orang kodondeng yang sangat berjaya dalam pemakanan. ini adalah sebahagian pemakanan yang sangat sedap pada minggu lpas dan aku akan kembali menerjah tempat2 ini dalam masa terdekat ini~tunggu...
meal 1; MOI SUP CAMPUR
meal ini terdiri daripada nasi lembik yakni moi dan disimbahi dengan sup daging yang berlinang dengan kolesterol yang amat degil ; semakin tinggi kolesterol semakin sedap sesuatu makanan itu. diliputi dengan no. of daging plus ayam plus perut lembu. dats why kita panggil campur!semua taruk~ harga tak mahal rm4.50. dia punya mangkuk.....wala!!sangat besar~terkejut la jugak aku.aku ingat makcik kedai ni perli aku~
meal 2; KUEY TIAW KUNGFU~watchaaaaa!!!~
sangat menyelerakan. gabungan kuey tiaw dan juga sayur-sayuran segar yakni semua nya dicampak ke dlm kuali, almaklum ala-ala kungfu gitu. ditemani 2-3 ekor udang bersama hirisan ayam membuatkan meal ni sangat mesra dengan mulut aku~hehe! antara yang kedai yang best la klu nk mkn kuey tiaw kungfu..aku bg 4 stars!~
meal 3; PIZZA HUT @ u kno where to get
sangat menyelerakan tatkala makan panas2,sangat berkrim, very cheesy~more 25% (kata iklan kat situ). pastu ada plak cebisan2 nanas segar atas dia. nak eloborate byk2 pon susah, senang cerita, p cuba sendiri...
*sebenarnya ari tu kami nak mkn nasi kukus ayam goreng berempah, sekali penuh dengan umat yang tak p sembahyang jumaat, makanya kaki melangkah ke pizza je, cuba tengok macam mana cheese tu dok goda aku, sekali angkat jd mcm tu, haiz! cair betol,,sluurrrrpppp!~
meal 4; TOMYAM NOODLES @ 'secret' place...
fullamak! memang terangkat giler, [manis+pedas+masin+masam=semua cukup] tapi sayang warna terlalu plain~aku suka kalau ada kaler dlm mknn aku, ni satu kaler je~merah. rasa? wala!menepati citarasa aku~
*ni mmg sedap~mula2 ingat nak balun kek je..sekali tengok menu, uuu!meleleh air liur tengok, takleh tahan..terus order! (mmg tak mampu nk menolak nafsu makan, adus!)hakikatnya kita dengan makanan mmg sinonim, tak makan bukan manusia la namanya...betol tak? tp mkn biar berpada2...sakit, sapa susah?kita jugak! nk kna telan pil chi kit teck aun plak~ :)
1 comment:
hohohoho.....leleh air liur
Post a Comment