Monday, September 7, 2009

"setan kechil part II"

Drama sebabak sering berlaku antara Adeef dan aku. Di mana-mana je mesti terjumpa budak sekor ni. Nak pergi dining hall yang sebatu tu ada dia, nak pergi kelas, ada dia, nak pergi surau ada dia, hinggakan nak pergi gerai pun ada dia. Pendek kata ada je makhluk Allah ni kat mana-mana. Aku tahu Uitm arau ni kecik ja, tapi takkan la kebetulan yg maha sangat. Aku rasa muka aku ni dah makin tua dah, apa tak nya asik berkerut 24 jam. Orang-orang tua cakap kalau banyak kedut kat muka cepat tua. Kedutan di muka ni mustahil berjaya dihilangkan dengan tiga langkah yang selalu disarankan pelakon-pelakon yang cantik di tv. Pelembap, penyegar dan pencuci usah ditinggalkan bagi mendapat kulit yang mulus dan bersinar sepanjang hari, begitulah kata-kata yang melekat di ingatan aku, tapi nak jalankan..haram buat! Habis tu, kalau dah 24 jam tolak waktu tidur dan waktu belajar, muka aku ni asyik disajikan dengan muka dak Adeef ni je, ratu cantik pun boleh jadi nenek kebayan.

"Weh Saffi! Hang ni cengeh sangat la kat dak Adeef tu. Aku rasa dia ok apa, dari start masuk Uitm ni sampai la ari ni, hang dengan dia tak ubah macam anjing dengan kucing...tak boleh berjumpa, asyik nak bergaduh ja..aku yang tengok ni pun penat." ujar roomate aku, Thi. Thi ni roomate aku yang paling sempoi. Dia yang paling memahami aku luar dan dalam. Thi atau nama sebenarnya Hani Athirah ni berasal dari Kuala Lumpur. Tapi, sejak berkawan dengan aku, dialek KL tu dah berubah cakap Utara.

"Ha! Elok la tu. Aku kucing takpa,comel! Dia kalau anjing, haram disentuh mahupon dimakan. Layak dijerkah ja dia tu!"

"Ala, Saffi, tak luak pun dak Adeef tu sakat kau, agaknya kalau kau berlembut sikit dengan Adeef tu , takdela dia nak usik kau lagi kan. Ala, aku tengok cara si Adeef tu, dia usik-usik manja je dengan kau. Usik-usik minat gitu" kata Thi tersenyum-senyum.

"Dah!Jangan nak start benda yang tak pernah start. Cokia ar dia tu. Tengok muka dia boleh hangin satu badan aku ni..ni kalau simbah badan aku dengan ayaq ni,boleh tersejat aku ni satgi. Pendidihan tahap maksimum, boleh hangit tau tak! "

"Saffi, Saffi..."

Aku memang tak boleh berkompromi dalam soal manusia bernama Adeef ni. Serta merta aku boleh jadi terbakar jiwa tatkala kelibatnya menerpa ke dalam pandangan aku. Adeef ni pun satu, sampai aku naik fobia apabila bertembung dengannya. Ada ka patut dalam aku dok mengelak dari terjumpa dia di ‘Mushroom’, dia boleh kejar aku dari mesin ATM sampai kedai Makcik Balang. Di dalam kampus n, ‘mushroom’ tu adalah deretan kedai-kedai yang di bina dalam satu kawasan. Kebetulan kawasan ini agak tinggi dari semua kawasan, dan secara tidak langsung semua warga Uitm ni akan berkunjung ke sini untuk membeli-belah, urusan fotokopi, makan-makan dan tidak ketinggalan, aktiviti dating untuk umat yang berpacaran. Sekali pandang macam cendawan tumbuh selepas hujan, make sense rite! Imbasan kembali…dia ni memang sengaja nak naikkan darah aku...

“Aik? Piah pun ada kat sini?...patutla aku rasa macam nak makan biskut malam ni..hihi!” tersengih-sengih Adeef tatkala dapat ‘menangkap’ aku kat kedai biskut tu. Kedai makcik balang a.k.a kedai biskut pasal kat kedai tu banyak balang biskut besar-besar. Ada macam-macam biskut yang dijual makcik tu. Korang sebut je biskut apa, semua ada. Aku suka betol dengan biskut jem nenas. Kalau beli RM2 memang sape pon tak boleh tumpang. Tambah pulak kalu cecah dengan air teh...fuh!! Wa cakap lu, terangkat! Eh, kembali kepada situasi ‘panas’......to be continued......

“Abis tu, hang sorang je la boleh mai kedai makcik ni? Owh, hang sorang je la yang boleh mai mushroom ni…tak dak plak aku tengok nama kedai makcik ni bertukar jd kedai Adeef Songeh..elok je pon aku tengok..”

“ Itu la kau Piah, kau tak tahu. Aku ini bakal menantu pilihan makcik ni…Kalau aku mintak makcik ni tukar nama kedai, sure dia nak punya. Time tu kalau kau nak beli biskut kat kedai ni, jangan haraplah aku jual biskut kat kau, lagi-lagi biskut jem nenas yang kau suka tu. Ha! Better kau buat baik dengan aku…ada faedah di kemudian hari..”

“Heh! Tak hingin aku nak beli kalau hang yang jadi tauke kedai ni! Aku pon boleh hidop la kalau tak makan biskut nenas tu..” aku menjawab dengan agak riak, walhal memang selang 2 hari sure aku beli biskut tu...Alamak! janganla masin mulut Adeef ni nak jadi tauke kedai makcik balang ni. Haiz!

“Tapi Piah, kalau kau cakap baik-baik dengan aku, tak mustahil kalau aku boleh kasi kau bekalan biskut nenas ni sepanjang hidup kau.” Adeef berkata dengan selamba.

“Setakat biskut nenas tu, apa la sangat, ye tak Thi?” sambung Adeef lagi sambil melihat ke arah Thi.

“Kau jangan cakap je Adeef..aku nak tengok kau mampu ke tak kasi bekalan seumur hidup kat Saffi ni...” kata Thi sambil tersenyum-senyum tanda menyokong. Ai Thi! Siapa kawan siapa ni? Aku menjegilkan mata ke arah Thi sambil terkumat kumit mulut aku mengutuk Adeef dalam diam.

“Malas aku nak layan..” sempat aku bagi jelingan maut tahap dewa kat dak Adeef tu.

“Aduhai Piah, kau jeling aku macam tu, tak boleh tidur aku malam nanti…haha!” Adeef ketawa sambil menekan perut dan berlalu pergi dengan ‘dinner’ beliau. Melampau la tu, sampai tekan-tekan perut…lawaklah sangat…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...