Friday, September 11, 2009

"saffi's private session"

"Saffi, oh saffi
Kenapa engkau ngantuk?
Macam mana aku tak ngantuk
Malam tadi aku stay up

Saffi, oh saffi
Kenapa engkau stay up?
Macam mana aku tak stay up
Exam berturut 3 hari!!!~

Study weeks memang memenatkan. Mungkin ada sesetengah pelajar yang memandang enteng terhadap minggu ini. Bagi aku pula sebaliknya kerana aku bukanlah tergolong di dalam pelajar yang genius, yang bisa mengaplikasikan segala teori di dalam kelas ke dalam kertas jawapan tanpa mengulangkaji terlebih dahulu. Dek kerana sedar diri, aku mengabdikan diriku di hadapan meja study. Terpulang kepada tahap kecekalan mataku dari digoda encik bantal bin selimut yang setia menghuni katil aku. Segala aktiviti outing dan juga ‘tayangan perdana’ yang menjadi kegemaran aku dan rakyat jelata di floor aku terpaksa ditunda after final exam.

“Semua tu lagha…” ujarku kepada Thi dan Kak Syarin tatkala mereka mengajakku ke bandar Kangar untuk ‘menjamu mata’.

“Ala, jomla Saffi. Dah 3 hari asik terperuk je kat dalam bilik ni. Kak Syarin dah lama tak makan tomyam kat Bamboo. Teringin nak makan time-time exam ni. Jom la...”

“Haahla Saffi, ko tak kesian ke kat Kak Syarin ni? Muka dah kemaruk gila nak makan tomyam kat Bamboo tu..” pujuk Thi mencuba nasib.

“Heh, tak mati aih kalau tak makan tomyam kat Bamboo tu. Kalau Kak Syarin nak, saya boleh teman pi gerai. Tomyam kat gerai pun sedap jugak. Jauh la kak Syarin nak pi ke Kangar tu. Buang masa. Pi balik dah sejam. Bukan pi setakat nak makan ja, dah faham sangat perangai hampa dua orang, kalau pi mesti nak window shopping jugak. Mau-mau petang baru balik. Pastu malam nak study, ngantuk la pulak. Pasai pa...penat berjalan sehari suntuk...” aku seakan-akan berleter kat depan ‘anak-anak’ terlebih umur yang sedaya upaya memujuk ‘ibu’ mereka membeli barang permainan kesukaan mereka.

“Apa kelas tomyam gerai tu. Caroi! Isi pun tak dak. Tak puas makan!” ujar Kak Syarin atau nama sebenarnya Syarina Helmi. Dia ni tua setahun je dari aku dan Thi tapi perasan dan lagak macam kakak-kakak. Tapi bagus jugak, aku takde kakak, at least merasa jugak la ada kakak yang tak berapa matured macam Kak Syarin ni. Kadang-kadang aksinya sedikit sebanyak menghiburkan hati kami ketika saat-saat tension menghadapi peperiksaan. Teringat kembali saat aku berkenalan kali pertama dengan Kak Syarin ni. Dia yang memulakan teguran ketika kali pertama aku dan Thi masuk ke Teja. Dengan selamber Kak Syarin ni tolong angkat barang, kenalkan dengan senior-senior tapi, last-last baru kami tahu yang dia juga merupakan junior Teja macam kami. Yang best tu, semua senior dia kenal. Tak hairanlah dengan sikapnya yang peramah membuatkan dia dikenali ramai dan sekejap saja telah diangkat menjadi AJK Teja. Kak Syarin ni budak Bussiness dan biliknya di bahagian ‘terowong’ – menghubungkan antara wing A dan B. Kira kalau bukak pintu bilik aku, terus nampak bilik dia. Makanya setiap kali nak pergi dinner kat dining hall yang tersergam indah di atas bukit, dia akan menjerit memanggil rakyat jelata yakni geng sekutu. Aku, Thi, Kak Syarin, Era, Riri, Nisa, Ari dan Zira biasanya akan buat bancian di bilik, tanya dengan jiran-jiran yang dah pergi makan – lauk apa, sedap ke tak,buah apa. Berduyun-duyunlah semua kawan-kawan aku menyertai pergi makan sekali kalau kami dapat tahu hari tu ada lauk ayam, menu best lain dari hari biasa. Seronok bila difikir-fikirkan. Ye lah, mana seronok makan sorang-sorang. Kalau ada geng, lauk tak sedap pun boleh jadi sedap. Lauk dining bukan selalu kena dengan tekak kita. Kalau ada lauk yang kita tak makan, boleh bagi kawan yang makan, itupun kalau spesis yang tak ‘pancing’. Alhamdullilah, kawan-kawan aku semua dalam kategori boleh belaka, tak banyak songeh dan juga boleh ditolak ke kanan dan ke kiri.

“Huuu...jom arr...” tak serik si Athirah ni memujuk. Dia seakan-akan tahu yang aku memang amat lemah kalau sesi pujuk memujuk ni. Aku ni cepat lembut hati. Itulah kelemahan aku yang paling aku tak suka. Thi cakap sikap aku yang itulah yang menyebabkan dia suka berkawan dengan aku. Haiz! Ayat bodek betul!

“Hish! Ni yang aku malas dengan hampa dua orang ni. Pi sat ja nah. Pi makan balik terus. No shopping! No makan angin! Just Bamboo ok!” mengalah jua aku akhirnya dek desakan kawan-kawan kesayangan aku ini. Kesian la pulak aku tengok. Kang kempunan tak boleh makan tomyam, tak boleh jawab peperiksaan pulak anak-anak orang ni. Apa yang best sangat tomyam Bamboo tu pun aku tak tau, sama ja pun aku rasa. Sedap lagi tomyam kat Kandeh...lain orang lain citarasa Cik Saffiyah oi!

“Ha, sebagai balasan, malam ni stay up sama-sama. Aku tak kira hampa dua orang kena teman aku baca buku jugak. No more alasan ngantuk, tak cukup tidur ka, apa ka. Kak Syarin pun sama, malam ni nak angkut tilam mai bilik kami pun takpa. Dipersilakan. Hehe!” aku mengutarakan syarat-syarat tambahan ke atas orang-orang kedondeng yang mengacau plan aku untuk menelaah pelajaran pada pagi itu.

“Okey, bisa diatur tu buk!” serentak Thi dan juga Kak Syarin menjawab.
Aku memang suka study last minute. Kaedah study sebegitu memang tidak digalakkan mana-mana cikgu sekalipun. Tapi aku sendiri memahami diri yang sememangnya memiliki short term memory. Bukan genius kan, hehe! Dari zaman sekolah rendah hingga sekolah menengah, study last minute memang tidak dapat dielakkan. Bila dah terdesak nak menghadapi peperiksaan, terpaksalah aku membaca buku dengan kadar yang segera, otak pun akan memproses segala ilmu yang masuk dengan pantas dan mata pula terpaksa bekerja lebih masa. Maka, berpeket-peket Nescafe 3 In 1 akan masuk ke dalam perut demi mendapatkan tenaga yang luar biasa. Maksud tenaga luar biasa di sini ialah tenaga menahan diri dari tertidur untuk terus berjaga selama mungkin. Kiranya, di bilik aku, semuanya lengkap tersedia, dari Maggie, Nescafe, roti Gardener, jem hinggalah air panas yang memang sentiasa dipanaskan. Bukannya apa, penggunaan tenaga untuk study last minute ni memang memerlukan segala kalori-kalori yang disebutkan sebentar tadi. Ini kerana, perut tidak boleh dibiarkan dalam keadaan lapar mahupun mengeluarkan bunyi-bunyi yang tidak enak ketika hendak menelaah pelajaran. Hmm..sukar untuk dibayangkan bukan. Tapi begitulah rutin aku selama menjadi seorang pelajar diploma di universiti ini. Pernah aku berjaga selama 3 hari dek kerana jadual peperiksaan yang berturut hari. Kejam sungguh aku rasakan kerana tak sempat untuk belajar dan mengulangkaji (orang lain yang study hard, study smart okey je aku tengok, hehe!). Hari pertama maintain, hari kedua okey lagi, masuk hari ketiga…jangan ada sesiapa yang berani tegur aku. Semua teman baikku maklum dengan situasi yang aku hadapi ini. Makanya, sesiapa jua yang mahu memulakan perbualan denganku memahami diriku dan serta merta berubah menjadi seorang yang begitu penyabar sekali. Semua orang begitu perihatin untuk membantuku mana yang patut ; belikan makanan kat gerai, buat air Nescafe untukku setiap kali stay up, bercakap baik dengan aku malah siap tolong angkatkan kain bajuku dari ampaian lagi. Tabik spring aku dengan mereka-mereka di belakang tabir yang banyak membantu di saat aku memerlukan segala bentuk sokongan. Tersenyum aku seketika tatkala memikirkan kebaikan-kebaikan kawan-kawan aku ni. Alhamdullillah selama aku menginap di kolej kediaman Teja ini, aku tidak pernah menghadapi masalah ‘perhubungan’ yang selalu diceritakan kawan-kawan aku di kediaman lain. Jiran-jiran bilikku juga baik-baik belaka, kalau tidak masakan tiap kali hujung minggu diadakan ‘tayangan perdana’ drama-drama korea. Siap maraton tanpa henti lagi. Kami akan ‘buka’ bilik dan sesiapa pun boleh menyertai asalkan mereka di kalangan budak Teja dan sekutunya. Pernah terjadi, 3 bilik dibuka serentak dan 3 drama ditayang untuk mereka yang me’request’. Umum mengetahui satu drama korea akan mengambil masa yang begitu lama untuk ditonton. Setiap satu drama mempunyai lebih dari 15 episod dan setiap satu episod pula akan mengambil masa selama 1 jam untuk ditonton. Korang bayangkan la bagaimana kami boleh menonton drama tersebut selama yang mungkin. Kalau berhenti pun cuma untuk solat dan makan. Memang dasyat sekali keadaan aku dan juga kawan-kawan di pengakhiran aktiviti itu kerana masa tidur pon terpaksa dikorbankan untuk menghabiskan seluruh vcd tersebut. Gelang hitam di bawah mata dan juga kelaparan yang menghampiri kebuluran adalah kesan-kesan terlampau akibat berjaga lebih 15 jam. Aku pun musykil bagaimana kami boleh bertahan tapi itu adalah salah satu kenangan manis aku selama di Arau ni. Yang best sekali, boleh menangis ramai-ramai dan ketawa sakan bagai nak rak. Penangan drama-drama Korea ni membuatkan kami tidak putus bekalan drama-drama tersebut. Nak beli tak mampu, satu siri berharga seratus lebih. Lebih baik pinjam dari ‘pembekal’ dan tonton ramai-ramai. Siap hampar tilam dan ada juga kudapan yang setia menemani sepanjang marathon berjalan. Aku tidak merasakan ia adalah satu pembaziran masa (mungkin pendapat orang lain berlawanan denganku) kerana itu adalah satu cara untuk aku me’reward’kan diri aku setelah 5 hari penat ke kelas untuk kuliah. Tak salah kan kalau sesekali kita membuat kerja gila yang dapat aku ceritakan kepada generasi aku yang akan datang. Hehe! Koya mu Saffi…baru pukul 6 petang, kau dah berangan-angan. Haiz! Ni la padahnya kalau ada geng berborak. Tak habis menelaah lagi, dah kena bersiap-siap mandi bagai. Yelah, duduk hostel memang segalanya kena cepat; mandi cepat, basuh baju cepat, chop ampaian baju cepat, pergi dining cepat, pendek kata segalanya cepat. Kalau lambat mandi alamatnya beratur panjanglah sementara nak tunggu turn, kalau lambat chop ampaian alamatnya baju tu sampai ke sudah kering dalam baldi dan kalau lambat pergi dining hmm…faham-faham je lah, dapat hirup kuah jelah. Sejak jadi senior ni aku dah beware dengan pelbagai kerenah penghuni Teja. Macam-macam ada (bak kata Astro). Sebut pasal cepat ni, bukan ‘aktiviti’ dalam hostel je kena cepat, malah hal keta sewa pun kena cepat, kalau tak jadi macam nilah…….

“Ha! Keta tak dak? Ala! Nak pakai sejam dua ja…tak kan tak dak, Pak Din….” Dialog Kak Syarin dengan Pak Din si tauke keta sewa dekat public phone bawah, berdekatan dengan kedai koperasi Teja. Selalunya kena booking cepat, kalau nak keluar malam kena booking pagi, kalau hujung minggu nak outing ke pekan, kena booking sehari awal. Biasalah pelajar universiti ni bukannya sedikit, nak nak time PTPTN baru kuar, hui sikit punya susah nak booking keta. Time tu semua tauke keta sewa berlagak gila, maklumlah wanted lah katakan.

“Bagi ada jugaklah, kami nak kancil ja pun, ambik lepas maghrib sampai kul 10. Bukan nak pakai sampai sehari….Ha? Keta lain ada…keta apa?..kelisa?...hmm…kalau harga sama ok ja…Boleh?...Ha! Set la macam tu. Pak Din jangan bagi kat orang lain pulak. Malam sabtu ni memang ramai pakat nak keluaq... ya...ya...satgi lepas magrib saya pi ambik nah..Ok. Assalamualaikum...” Klik! Ternganga aku dok dengar Kak Syarin berunding dengan Pak Din a.k.a Tauke keta sewa ‘tersohor’ di kalangan student Uitm Arau ni. Orangnya muda lagi tapi dipanggil Pak Din kerana gelaran turun temurun oleh senior-senior terdahulu.

“Macam mana?” tanya aku yang kalau tak pergi malam tu pun takpa....

“Jadi! Hehe! Pak Din kata keta abis, tapi dia bagi keta kelisa, hak adik dia punya. Harga sama dia kata.” Jawab Kak Syarin sambil mengambil baki syiling dari telefon awam yang kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok tu.

“Hai! Kak Syarin...nampaknya ada orang nak dapat abang ipar tauke keta sewa ni..hehe!” kataku yang memang sengaja kuajukan terhadap Kak Syarin.

“Heh! Amin! Moga dimakbulkan doa hang tu. Ok apa..at least, kita nak p mana pun senang. Sewa pun tak payah bayar. Kelas gitu!” Haiz! Itu pulak jawapan yang keluar dari mulut Kak Syarin. Tak malu sungguh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...