Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
- Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
- Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
- Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
12 comments:
meh nak katok pala. hamboiii. boleh lupak pulak naaa. hak3
hehe! itu la, bz sampai lupa...ngeh3x!
pelajar 4 flat biasela . haha
4 flat? bkn aku la tu~ hehe!
selamat menyambut maulidur rasul ye=)
HOH...cemana leh lupa ni...nak kena babab la tu...
selamat maulidur rasul!
wah, bizi sangat sampai lupa hari tu hari apa
nadia nak kena babap yer....
hahahha...rindu ang...
(^^,)❤
aqish;selamat juga ke atas kamu~hehe
o'gosh;huuuu, gomen nasaiiiii~~~
she's retarded; siyes bz, tak maen, siyess...huuuu!~
ro; rindu kat hg gak :)
Post a Comment