Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

"no respect, no relax and i do respond"

Mak ai! Ramai sungguh orang kat Kandeh ni. Aku, Thirah dan juga kak Syarin dalam misi jalan-jalan cari makan tomyam kat kandeh dengan menaiki Kelisa silver kepunyaan adik Pak Din a.k.a tauke keta sewa (sewa kna bayar jugak, bukan free ye..). Orang Perlis ni memang ada ja masa nak kuar makan kan, tu sebab kedai makan kat Perlis ni ada ja di tepi-tepi jalan. Paling best kalau kat tepi bendang, boleh rasa angin sepoi-sepoi bahasa plus cahaya bulan yang memang masyuk dengan kesedapan makanan yang disediakan. Fuh! Memang meletop la aku punya promosi pasal jalan-jalan cari makan kat sini. Bayangkanlah macam mana aktiviti malam aku bersama geng, meneroka seluruh pelusuk Perlis dalam mencari makanan best ala-ala Serena Chef Wan dalam JJCM kat tv3 tu.

Haiz! Elok-elok dah sampai, satu hal la plak nak cari port yg best. Hmm..tapi kalau kedai makan tak ramai orang, tak best la plak nak melantak kan. Salah satu cara nak cam dan kenal kedai makan yang best dan berjaya adalah melalui pemerhatian bilangan pengunjung yang keluar masuk ke kedai makan tersebut. Tapi, kedai ni memang best pun tomyamnya, cukup rasa! Perlu ke aku buat free promo kat sini? Tak perlu la kan. Orang putih cakap, let judge the restaurant by its customer. Haha! Punyala teruk aku punya grammar. Memang miss Shakey boleh terbeliak tengok aku punya grammar yang dah memang tahap kena kuarantin ni. Hehe!

“Bila masa la Kandeh ni tak ramai orang…sikit punya susah nak cari parking. Hai la! Kalau tak kerana tomyam best, takde maknanya aku nak mai menapak sampai sini.” Ngomel kak Syarin sambil melayangkan mulutnya menjuih menunjukkan arah meja yang drasakan best~bawah sinaran bulan purnama.

“Haa!sapa yang gatal sangat nak makan kat sini, cuba habaq mai…” aku memang sengaja nak mengiat kak Syarin. Ye lah! Biar dia rasakan. Sikit punya jauh jarak Kandeh ni dengan Arau. Nak menapak sepasal, nak menunggu order satu hal, mana nak makan lagi, nak bertolak balik lagi, semua dah aku fikirkan. Nak tak nak, malam ni memang masa akan dihabiskan dengan operasi jalan-jalan cari makan. Nampak gayanya aku tak akan berjaya stay up malam ni…

“Bukan aku ha! Kak Syarin yang nak makan, aku follower je..” ujar Thirah membacking diri.

“Owh! Follower ye, lepas ni follower kena jadi driver ye. No compromise, full stop!” aku memberikan statement.

“Bukan salah kami. Salah perut kami. Perut kami yang kempunan nak makan tomyam kandeh ni. Sian perut kami, tak dapat pembelaan yang sewajarnya..huhu!” kalau dah pakai kata nama kami tu faham-faham sajalah~nak minta simpati. Itulah kak Syarin yang dramatik dengan ekspresi wajah yang dibuat-buat dan penuh kepura-puraan.

“Ye ye! Kami pon faham perut hampa tu. Perut kami pun kempunan benda yang sama jugak. Tak payah nak explain pun.” Ku balas dengan senyuman memujuk.

Tiba-tiba…

Nah! Dalam banyak-banyak tempat kat sini jugak la nak bejumpa dengan si tak-makan-saman ni. Ish! Ish! Ish! Kecik sungguh dunia ini. Dalam banyak-banyak lokasi jalan-jalan cari makan puak aku, boleh pulak terserempak dengan mamat serabut kepala hitam ni. Penuh berkarisma tahap tak hengat dengan langkah berani matinya itu menuju kearah meja aku. Beliau tidak nampakkah yang aku memang tak nak bertemu seorang Adeef kat sini? Beliau tidak sedarkah yang aku sedaya upaya berpura-pura tidak nampak seorang Adeef yang sedaya upaya juga ‘men-ca-pub’ (mencari publisiti) untuk seorang Saffi menyedari kehadirannya? Memang cari nahas la Adeef ni. Ish!!!!~

“Alamak! Kak Syarin, setan kechik mai dah…kawan-kawan! buat-buat tak nampak, buat-buat tak nampak…” buat-buat tak nampak Saffi…

“Tu dia! The cutest setan kechik ever mai dah..” tambah Thirah sambil tersenyum.

Erk! The cutest setan kechik ever? Apa yang yang kau merepek ni Thirah oi? Ish Thirah ni, ada jgk compliment yang sangat sarcastic dalam sindiran terhadap manusia bernama Adeef tu…

Tuan-tuan dan puan-puan. Drama sebabak akan bermula sebentar lagi…aura dah mari….

“Sapa? Tu dia! Setan kechik hang panggil dia… gamak hang noh! Hehehe!~” meliar mata kak Syarin mencari-cari subjek yang dikatakan sambil ketawa kecil.

“Dia dah nampak hang pun Saffi..tak payah nak sembunyi, kalau dah memang berjodoh tu tak ke mana punya la.. hehe!” sengaja kak Syarin mengiat aku.

Ish! Jangan la si Adeef ni dengar apa yang kak Syarin ni sebut tadi. Mati aku kena giat dengan mamat ni. Betul-betul dia menapak ke meja ni…haiz!

“Aik, buah hati pengarang jantung aku ada kat sini rupanya…patutla rasa nak datang sini je. Hmm, boleh lepak sekali je macam…kak Syarin dengan Thi pun ada rupanya. Minta maafla ye, nampak Piah je tadi. Tak perasan yang lain.hehe! ” ujar Adeef sambil menarik kerusi dan duduk berdepan dengan aku.

“Kalau rasa nak mai sini sekadar nak menyakitkan hati aku..better hang p jauh-jauh. Aku mai sini nak makan, tengok muka hang aku dah tau dah satgi mesti aku tak abis makan. …tak lalu..” dengan mata mencerlang aku melontarkan kata-kata berbisa terhadapnya.

“Jangan salah sangka Piah, aku datang sini pun nak makan. Tapi bezanya aku akan makan dengan penuh semangat waja sebab kau ada kat sini…” sambung Adeef dengan nada mengiat lagi.

…Saffi, better kau tak payah layan mamat tak cukup ringgit ni…bukan boleh dilayan sangat dak Adeef ni. Better kau diam dan pandang ke arah lain…hati memujuk.

“La, awat ni my piah…hehe!~kak Syarin, ada sindrom Adeef ke ni?” Tanya Adeef kepada kak Syarin.

My Piah? What the hell…Yarks!!!~

Haiz! Kak Syarin ni memang takleh buat pandora la. Mesti dah citer semua rahsia kat adik angkat kesayangan dia tu. Hanya puak aku je yang mengerti sindrom Adeef tu bagaimana. Sindrom Adeef~tak lalu makan, muka masam, asik nak marah-marah, dan yang paling penting jangan ada yang sebut pasal Adeef, baik nama mahupun orangnya. Aku mempamerkan muka tak puas hatiku kepada kak Syarin.

“Tadi elok je Saffi ni. Mai hang ja jadi lagu ni. Memang disaster la hang ni Adeef. Hee!” kak Syarin mencoverlinekan aku yang memang bertindak mengunci mulut terus kat meja makan tu. Silent mode. Titik.

“Ye ke.. Piah ni saja la tu. Merajuk minta dipujuk. Takpe, nanti biar A…bang Adeef pujuk. Hihi!”. Adeef menepuk bahunya seraya berkata demikian. Bangga riak betul!

“Hehe! Ko ni saja menjolok sarang tebuan yang memang sah-sah ada kat depan batang idung ko..baik kau lari Adeef, aku dah terbau aura membunuh ni…heee!~” ujar Thirah tatkala melihat aku yang memang kalau boleh nak capai je gelas yang berisi air soya separuh tu.

Aku terus membisu dan membisu. Hanya kak Syarin dan Thirah melayan kacang hantu yang berada di depan aku ni. Mata si Adeef sesekali melihat ke arahku, mungkin mencari idea nak mengusik aku. Malas nak melayan…

Dalam aku tak nak pandang si Adeef ni, tetiba mataku menangkap sepasang mata yang pernah ‘menangkap’ pandangan mataku. Serta merta peristiwa 2 tahun lalu berlegar dalam fikiranku. Baru aku perasan yang mata Adeef Iman ni cantik, terletak elok dengan kening yang tersusun rapi. Betullah, aku pernah dengar bahawa apabila kita dalam keadaan marah, apa-apa yang indah pun akan dipandang sepi, my bad. Aku akui… Argh!! fokus Saffi, now we’re talking about Adeef si vain yang very veining ‘bout himself. Tu dia! Ayat aku dah makin hancur dek kerna seorang Adeef…

Cepat-cepat aku melontarkan pandangan kearah lain setelah merasakan ada mata lain yang menyedari matanya ‘ditangkap’…

“Saya tau la kak Syarin, saya ni tak berapa ensem, tapi janganla pandang saya macam nak telan…ok la, nak gerak dah ni. Nak gi join membe kat sana. Kang ada plak orang kat sini tak kenyang makan dek sebab tengok muka saya yang tak ensem ni… sian kat dia…enjoy your meals k” Adeef berlalu pergi tanpa memandang ke arahku dan perlakuannya membuatku tersentak dan ada perasaan bersalah yang bersarang di hati. Er, sikit je rasa bersalah itu. Ada aku kisah~

Jap~analisis diri sebentar....hati seperti ada sedikit goyah dan agak tidak stabil...

Adakah dia terkesan dengan apa yang seorang ‘dia’ lakukan?

Adakah dia, seorang Saffi terdetik di hatinya akan apa yang si dia, seorang Adeef cuba untuk menarik perhatiannya....ish, takkan...ish, tak kot...ish, mustahil!

Terlintas di fikiran segala butir-butir kata kak Syarin a.k.a doktor chenta suatu ketika dahulu tatkala isu-isu chenta dijadikan tajuk bincang petang. Kak Syarin kata...

Seorang gadis yang di-orat atau bahasa rasminya dipikat dan memberikan respon samaada respon baik atau buruk, directly or indirectly, gadis itu telah memberikan satu anjakan paradigma terhadap hubungan dua hala itu. Antara tanda-tanda ketara yang dapat dikesan ialah...

1. Si gadis akan bertindak memanggil nama si pemikat dengan nama penoh, bukan nick name . (hoh~aku panggil nama penuh dia…time tu tengah marah…logik la kan)

2. Si gadis akan ketawa apabila setiap kata-kata si jejaka menggelikan hatinya as if itulah jokes yang paling lawak dia penah dengar. (Er, mana ada lawak…semua yang keluar dari mulut dia, menyakitkan hati)

3. Si gadis akan menyelakkan rambutnya setiap kali dia bercakap dengan si jejaka, kalau minah bertudung dia akan cuba do sumtin’ dengan tudung tu - kelepet ke, pegang hujung shawl ke. (ini tidak aci, memang tabiat aku pon, pegang hujung tudung bila aku nebes…)

4. Mata si gadis tajam merenung apabila bercakap. (H! Ni setuju, dengan Adeef Iman ni mana leh cakap lembut-lembut. Tenung biar sampai menusuk tulang)

5. Si gadis akan berkata ‘ No way! Saya tak kan cakap sapa yang saya suka’ dengan senyum lebar di mukanya. (Betol, takkan nak bgtau..gile apa , siap dgn senyum lebar)

6. Si jejaka berjaya menangkap si gadis ketika si gadis merenung si jejaka... Owh! Obviously! (Er, no comment)

7. Kawan-kawan si gadis mengenali si jejaka dan beritahu yang si gadis selalu sebut pasal diri si jejaka. (Hey! Mana bleh, kes tak sama. Siapa yang tak kenal dengan figura bernama Adeef Iman. Kalau pon aku selalu sebut pasal Adeef, semuanya adalah ketidakpuasan hati terhadap manusia bernama Adeef ni.)

8. Si gadis tahu number phone si jejaka~stalker much. (Ha! This is so not me. Tak tahula pulak kan tiba-tiba Adeef bleh ada number phone aku.)

Sekarang, sila analisis...

Okey Saffiyah Hana, daripada semua analisa di atas, secara peribadi anda harus akui bahawa Adeef Iman memang telah berjaya mengetuk pintu hati anda. Secara tidak sedar, anda telah memberikan tindakbalas terhadap semua agenda-agenda si jejaka dan ini memberi satu konklusi yang mudah bahawa…

Anda, Saffiyah Hana terkesan dengan kehadiran seorang Adeef Iman!

OMG~tepuk dahi...

Tuesday, October 13, 2009

"J.I.W.A K.A.C.A.U ~ PART 1"

Ada aku kisah?...tak kan.
Ada aku cakap kau sukakan aku?....tak kan.
Ada aku cakap aku sukakan kau?...tak kan.
Tapi aku memang betol-betol sukakan kau..walaupon aku tak cakap. Camne? Sapa nk jawab?~
~sakit kpala~


Serabut betul kepala aku sejak akhir-akhir ini. Mana dengan hal kelab kesatria lagi, mana dengan hal kolej lagi, mana dengan nak exam lagi. Adus! Itula Adeef, kau tu semua persatuan nak masuk, semua jawatan kau nak pegang. Kenapa kau tak macam si Addin tu, masuk satu persatuan je...ahli Pusat Islam. Eh! Apa pulak? Aku pun ahli P.I apa…Ala! Addin tu masuk pasal nak bagi nampak dia aktif je. At least keluar U nanti ada jugak sijil yang bergandingan dengan skrol Diploma tu. Aku tahu sangat si Addin tu. Dia malas nak menyertai banyak persatuan kerana hendak menjaga pointer yang kononnya akan jatuh kalau aktif berpersatuan. Yelah kot... Pointer Addin maintain 3.5 lebih. Aku pun jaga pointer jugak. Still maintain…(tapi pointer Addin lagi tinggi dari aku…lebih 0.07, ceh!). Apa-apa pun aku sangat menyukai aktiviti outdoor, mungkin aku mengikut perangai Abi kami yang memang suka aktiviti-aktiviti luar dan bermasyarakat. Kata opah, Addin banyak mengikut perangai Ummi. Memang pun, kuat membebel macam Ummi, tak suka keluar rumah macam Ummi (itu yang selalu berkepit dengan Ummi tiap kali cuti semester), tapi banyak bersabar dan tabah macam Ummi. Hmm…sejuk rumahtangga kata opah. Kata opah lagi anak lelaki kalau ikut muka ibu sejuk rumahtangga, anak dengar kata. Hello opah! Ayin dengan Ayip kembar, for sure muka kami sama dan sedikit sebanyak mungkin dapat DNA Ummi, heh! That’s explain everything, rite! Tapi kebenarannya memang kami lebih rapat dengan Ummi berbanding Abi, maklumlah, Abi agak sibuk, tetapi kami tak pernah merasa diabaikan oleh Abi, mungkin faktor ketidakcukupan kasih sayang itu telah dipenuhi oleh Ummi dan juga Opah, dua wanita yang sangat aku cintai. Makanya segala statements yang dibuat oleh si Piah tu adalah auta semata…

“Kurang kasih sayang la tu..”
“Kat umah takde orang ajar nilai murni ek?”
“Masa kat sekolah dulu takde subjek sivik ke?”
“Sedih cikgu hang bila tengok hang la ni, agak tidak bertamadun…”
“Agaknya penat cikgu hang nak mendidik hang jadi sebenar-benar orang, kan..”

Hehe!~tak patut betol la minah ni men’statement’kan aku mcm tu. Tapi takpe…aku suka!

Aku pun tak faham diri aku ni, sendiri cari pasal dengan siswi yang satu tu. Dah macam magnet dah aku rasa tatkala kelibatnya aku nampak di mana-mana. Almaklum Arau ni bukanla besar mana pun, pi mai pi mai tang tu jugak. Aku akui kalau sehari tak usik si dia yang berkerudung tu agaknya malam tu aku akan jadi burung hantu yang rindukan bulan (bukan punguk ke?). Bulan yang memang tak akan cerah setiap kali burung hantu menghantui setiap kelibatnya. Tak pun, burung hantu yang cute dan ‘baik’ macam aku bakal memeriahkan 24 jam seorang Saffi. Hahaha! Aku suka!

Dah! Dah! Time to study~

Malam-malam ni kalau menelaah wajib pasang radio, takpun earphone memang sentiasa ada kat telinga aku. Kadang-kadang sengaja aku tak tanggalkan earphone tu (sign bahawa aku dalam mode tidak mahu bercakap~a.k.a tidak mau sembang kosong; gossip boys) walaupun sebenarnya memang sejak dari awal aku tidak memasang sebarang bentuk hiburan. Hehe! Strategi siut time-time peksa ni, maklumla hidup berhostel kena pandai bawak diri, nak-nak dapat geng yang memang wassalam bab-bab study hard ni. Kalau tidak, takdelah idop untuk seronok dan seronok untuk idop~

"Somebody wants you…
Somebody needs you…
Somebody dreams about you every single night…
Somebody can't breath…
Without you, it's lonely…
Somebody hopes someday you will see…
That Somebody's Me…
"

Ceh! Apa la, DJ ni macam tau-tau je…pasang lagu ngam-ngam dengan jiwa. Elok-elok tengah feeling ingatkan si Piah, sekali ada background song tuh! Dasyat tul panahan chenta si Piah ni, eh! Chenta ke?~ agak jatuh gaung la jugak! Hehe! Ini kalau Ayip tahu ni, mau ceramah free aku dapat. Dah! Dah! Tukar channel lain plak…

"Mungkin ini memang jalan takdirku…
Mengagumi tanpa dicintai…
Tak mengapa bagiku…
Usah kau pon bahagia dlm hidupmu…
Dalam hidupmu…
Tak rela memendam rasa hatiku…
Menunggu hatimu...
Menyambut diriku...
Tak mengapa bagi diriku...
Cintamu itu adalah bahagia untuk ku…
Bahagia utk ku…"


Aik! Apsal malam ni semua lagu macam ni? Jiwa kacau~ tapi best gak layan. Dari hardcore ke sentimental...aku boleh agak betapa dalamnya ‘kejatuhan’ perasaan yang aku alami sekarang, aduhai!~

"Ku ingin kau tahu
Diriku di sini...
Menanti dirimu...
Meski ku tunggu...
Hingga hujung waktu ku...
Dan berharap masa ini...
Kan abadi untuk selamanya... "

Dah! Dah! Adeef~sila fokus dan sila tukar channel yang agak tidak ‘berperasaan’...

“Woi! Apa yang hg dok tukar-tukar channel tu? Aku dok sedap dengar, hang boleh pi tukar plak...haiz!” sergah Azim menunjukkan tanda protes. Memang pantang sedara lain mak lain pak aku yang sorang ni.

“Er, nak dengar ke? Aku macam allergic nak dengar lagu macam ni..ngantuk!” ujarku menutup kesalahan.

“Ngantuk ke layan jiwa?...ke ada orang jiwa kacau ni....”sambung si Azim tanpa mengangkat muka dari nota tebal berwarna biru.

Heh! Jiwa kacaukah aku? Aku kah yang jiwanya kacau ini? Pengacauan jiwa yang bagaimanakah melanda satu-satunya part yang memang tidak pernah ‘dikacau sebelum ni? Kacau!~

Ada aku kisah?...tak!
Ada aku cakap dia suka aku?....tak!.
Ada aku cakap aku suka dia?...tak!
Abis tu yang kau gelabah bewak ni apahal? Erk~

Friday, September 11, 2009

"saffi's private session"

"Saffi, oh saffi
Kenapa engkau ngantuk?
Macam mana aku tak ngantuk
Malam tadi aku stay up

Saffi, oh saffi
Kenapa engkau stay up?
Macam mana aku tak stay up
Exam berturut 3 hari!!!~

Study weeks memang memenatkan. Mungkin ada sesetengah pelajar yang memandang enteng terhadap minggu ini. Bagi aku pula sebaliknya kerana aku bukanlah tergolong di dalam pelajar yang genius, yang bisa mengaplikasikan segala teori di dalam kelas ke dalam kertas jawapan tanpa mengulangkaji terlebih dahulu. Dek kerana sedar diri, aku mengabdikan diriku di hadapan meja study. Terpulang kepada tahap kecekalan mataku dari digoda encik bantal bin selimut yang setia menghuni katil aku. Segala aktiviti outing dan juga ‘tayangan perdana’ yang menjadi kegemaran aku dan rakyat jelata di floor aku terpaksa ditunda after final exam.

“Semua tu lagha…” ujarku kepada Thi dan Kak Syarin tatkala mereka mengajakku ke bandar Kangar untuk ‘menjamu mata’.

“Ala, jomla Saffi. Dah 3 hari asik terperuk je kat dalam bilik ni. Kak Syarin dah lama tak makan tomyam kat Bamboo. Teringin nak makan time-time exam ni. Jom la...”

“Haahla Saffi, ko tak kesian ke kat Kak Syarin ni? Muka dah kemaruk gila nak makan tomyam kat Bamboo tu..” pujuk Thi mencuba nasib.

“Heh, tak mati aih kalau tak makan tomyam kat Bamboo tu. Kalau Kak Syarin nak, saya boleh teman pi gerai. Tomyam kat gerai pun sedap jugak. Jauh la kak Syarin nak pi ke Kangar tu. Buang masa. Pi balik dah sejam. Bukan pi setakat nak makan ja, dah faham sangat perangai hampa dua orang, kalau pi mesti nak window shopping jugak. Mau-mau petang baru balik. Pastu malam nak study, ngantuk la pulak. Pasai pa...penat berjalan sehari suntuk...” aku seakan-akan berleter kat depan ‘anak-anak’ terlebih umur yang sedaya upaya memujuk ‘ibu’ mereka membeli barang permainan kesukaan mereka.

“Apa kelas tomyam gerai tu. Caroi! Isi pun tak dak. Tak puas makan!” ujar Kak Syarin atau nama sebenarnya Syarina Helmi. Dia ni tua setahun je dari aku dan Thi tapi perasan dan lagak macam kakak-kakak. Tapi bagus jugak, aku takde kakak, at least merasa jugak la ada kakak yang tak berapa matured macam Kak Syarin ni. Kadang-kadang aksinya sedikit sebanyak menghiburkan hati kami ketika saat-saat tension menghadapi peperiksaan. Teringat kembali saat aku berkenalan kali pertama dengan Kak Syarin ni. Dia yang memulakan teguran ketika kali pertama aku dan Thi masuk ke Teja. Dengan selamber Kak Syarin ni tolong angkat barang, kenalkan dengan senior-senior tapi, last-last baru kami tahu yang dia juga merupakan junior Teja macam kami. Yang best tu, semua senior dia kenal. Tak hairanlah dengan sikapnya yang peramah membuatkan dia dikenali ramai dan sekejap saja telah diangkat menjadi AJK Teja. Kak Syarin ni budak Bussiness dan biliknya di bahagian ‘terowong’ – menghubungkan antara wing A dan B. Kira kalau bukak pintu bilik aku, terus nampak bilik dia. Makanya setiap kali nak pergi dinner kat dining hall yang tersergam indah di atas bukit, dia akan menjerit memanggil rakyat jelata yakni geng sekutu. Aku, Thi, Kak Syarin, Era, Riri, Nisa, Ari dan Zira biasanya akan buat bancian di bilik, tanya dengan jiran-jiran yang dah pergi makan – lauk apa, sedap ke tak,buah apa. Berduyun-duyunlah semua kawan-kawan aku menyertai pergi makan sekali kalau kami dapat tahu hari tu ada lauk ayam, menu best lain dari hari biasa. Seronok bila difikir-fikirkan. Ye lah, mana seronok makan sorang-sorang. Kalau ada geng, lauk tak sedap pun boleh jadi sedap. Lauk dining bukan selalu kena dengan tekak kita. Kalau ada lauk yang kita tak makan, boleh bagi kawan yang makan, itupun kalau spesis yang tak ‘pancing’. Alhamdullilah, kawan-kawan aku semua dalam kategori boleh belaka, tak banyak songeh dan juga boleh ditolak ke kanan dan ke kiri.

“Huuu...jom arr...” tak serik si Athirah ni memujuk. Dia seakan-akan tahu yang aku memang amat lemah kalau sesi pujuk memujuk ni. Aku ni cepat lembut hati. Itulah kelemahan aku yang paling aku tak suka. Thi cakap sikap aku yang itulah yang menyebabkan dia suka berkawan dengan aku. Haiz! Ayat bodek betul!

“Hish! Ni yang aku malas dengan hampa dua orang ni. Pi sat ja nah. Pi makan balik terus. No shopping! No makan angin! Just Bamboo ok!” mengalah jua aku akhirnya dek desakan kawan-kawan kesayangan aku ini. Kesian la pulak aku tengok. Kang kempunan tak boleh makan tomyam, tak boleh jawab peperiksaan pulak anak-anak orang ni. Apa yang best sangat tomyam Bamboo tu pun aku tak tau, sama ja pun aku rasa. Sedap lagi tomyam kat Kandeh...lain orang lain citarasa Cik Saffiyah oi!

“Ha, sebagai balasan, malam ni stay up sama-sama. Aku tak kira hampa dua orang kena teman aku baca buku jugak. No more alasan ngantuk, tak cukup tidur ka, apa ka. Kak Syarin pun sama, malam ni nak angkut tilam mai bilik kami pun takpa. Dipersilakan. Hehe!” aku mengutarakan syarat-syarat tambahan ke atas orang-orang kedondeng yang mengacau plan aku untuk menelaah pelajaran pada pagi itu.

“Okey, bisa diatur tu buk!” serentak Thi dan juga Kak Syarin menjawab.
Aku memang suka study last minute. Kaedah study sebegitu memang tidak digalakkan mana-mana cikgu sekalipun. Tapi aku sendiri memahami diri yang sememangnya memiliki short term memory. Bukan genius kan, hehe! Dari zaman sekolah rendah hingga sekolah menengah, study last minute memang tidak dapat dielakkan. Bila dah terdesak nak menghadapi peperiksaan, terpaksalah aku membaca buku dengan kadar yang segera, otak pun akan memproses segala ilmu yang masuk dengan pantas dan mata pula terpaksa bekerja lebih masa. Maka, berpeket-peket Nescafe 3 In 1 akan masuk ke dalam perut demi mendapatkan tenaga yang luar biasa. Maksud tenaga luar biasa di sini ialah tenaga menahan diri dari tertidur untuk terus berjaga selama mungkin. Kiranya, di bilik aku, semuanya lengkap tersedia, dari Maggie, Nescafe, roti Gardener, jem hinggalah air panas yang memang sentiasa dipanaskan. Bukannya apa, penggunaan tenaga untuk study last minute ni memang memerlukan segala kalori-kalori yang disebutkan sebentar tadi. Ini kerana, perut tidak boleh dibiarkan dalam keadaan lapar mahupun mengeluarkan bunyi-bunyi yang tidak enak ketika hendak menelaah pelajaran. Hmm..sukar untuk dibayangkan bukan. Tapi begitulah rutin aku selama menjadi seorang pelajar diploma di universiti ini. Pernah aku berjaga selama 3 hari dek kerana jadual peperiksaan yang berturut hari. Kejam sungguh aku rasakan kerana tak sempat untuk belajar dan mengulangkaji (orang lain yang study hard, study smart okey je aku tengok, hehe!). Hari pertama maintain, hari kedua okey lagi, masuk hari ketiga…jangan ada sesiapa yang berani tegur aku. Semua teman baikku maklum dengan situasi yang aku hadapi ini. Makanya, sesiapa jua yang mahu memulakan perbualan denganku memahami diriku dan serta merta berubah menjadi seorang yang begitu penyabar sekali. Semua orang begitu perihatin untuk membantuku mana yang patut ; belikan makanan kat gerai, buat air Nescafe untukku setiap kali stay up, bercakap baik dengan aku malah siap tolong angkatkan kain bajuku dari ampaian lagi. Tabik spring aku dengan mereka-mereka di belakang tabir yang banyak membantu di saat aku memerlukan segala bentuk sokongan. Tersenyum aku seketika tatkala memikirkan kebaikan-kebaikan kawan-kawan aku ni. Alhamdullillah selama aku menginap di kolej kediaman Teja ini, aku tidak pernah menghadapi masalah ‘perhubungan’ yang selalu diceritakan kawan-kawan aku di kediaman lain. Jiran-jiran bilikku juga baik-baik belaka, kalau tidak masakan tiap kali hujung minggu diadakan ‘tayangan perdana’ drama-drama korea. Siap maraton tanpa henti lagi. Kami akan ‘buka’ bilik dan sesiapa pun boleh menyertai asalkan mereka di kalangan budak Teja dan sekutunya. Pernah terjadi, 3 bilik dibuka serentak dan 3 drama ditayang untuk mereka yang me’request’. Umum mengetahui satu drama korea akan mengambil masa yang begitu lama untuk ditonton. Setiap satu drama mempunyai lebih dari 15 episod dan setiap satu episod pula akan mengambil masa selama 1 jam untuk ditonton. Korang bayangkan la bagaimana kami boleh menonton drama tersebut selama yang mungkin. Kalau berhenti pun cuma untuk solat dan makan. Memang dasyat sekali keadaan aku dan juga kawan-kawan di pengakhiran aktiviti itu kerana masa tidur pon terpaksa dikorbankan untuk menghabiskan seluruh vcd tersebut. Gelang hitam di bawah mata dan juga kelaparan yang menghampiri kebuluran adalah kesan-kesan terlampau akibat berjaga lebih 15 jam. Aku pun musykil bagaimana kami boleh bertahan tapi itu adalah salah satu kenangan manis aku selama di Arau ni. Yang best sekali, boleh menangis ramai-ramai dan ketawa sakan bagai nak rak. Penangan drama-drama Korea ni membuatkan kami tidak putus bekalan drama-drama tersebut. Nak beli tak mampu, satu siri berharga seratus lebih. Lebih baik pinjam dari ‘pembekal’ dan tonton ramai-ramai. Siap hampar tilam dan ada juga kudapan yang setia menemani sepanjang marathon berjalan. Aku tidak merasakan ia adalah satu pembaziran masa (mungkin pendapat orang lain berlawanan denganku) kerana itu adalah satu cara untuk aku me’reward’kan diri aku setelah 5 hari penat ke kelas untuk kuliah. Tak salah kan kalau sesekali kita membuat kerja gila yang dapat aku ceritakan kepada generasi aku yang akan datang. Hehe! Koya mu Saffi…baru pukul 6 petang, kau dah berangan-angan. Haiz! Ni la padahnya kalau ada geng berborak. Tak habis menelaah lagi, dah kena bersiap-siap mandi bagai. Yelah, duduk hostel memang segalanya kena cepat; mandi cepat, basuh baju cepat, chop ampaian baju cepat, pergi dining cepat, pendek kata segalanya cepat. Kalau lambat mandi alamatnya beratur panjanglah sementara nak tunggu turn, kalau lambat chop ampaian alamatnya baju tu sampai ke sudah kering dalam baldi dan kalau lambat pergi dining hmm…faham-faham je lah, dapat hirup kuah jelah. Sejak jadi senior ni aku dah beware dengan pelbagai kerenah penghuni Teja. Macam-macam ada (bak kata Astro). Sebut pasal cepat ni, bukan ‘aktiviti’ dalam hostel je kena cepat, malah hal keta sewa pun kena cepat, kalau tak jadi macam nilah…….

“Ha! Keta tak dak? Ala! Nak pakai sejam dua ja…tak kan tak dak, Pak Din….” Dialog Kak Syarin dengan Pak Din si tauke keta sewa dekat public phone bawah, berdekatan dengan kedai koperasi Teja. Selalunya kena booking cepat, kalau nak keluar malam kena booking pagi, kalau hujung minggu nak outing ke pekan, kena booking sehari awal. Biasalah pelajar universiti ni bukannya sedikit, nak nak time PTPTN baru kuar, hui sikit punya susah nak booking keta. Time tu semua tauke keta sewa berlagak gila, maklumlah wanted lah katakan.

“Bagi ada jugaklah, kami nak kancil ja pun, ambik lepas maghrib sampai kul 10. Bukan nak pakai sampai sehari….Ha? Keta lain ada…keta apa?..kelisa?...hmm…kalau harga sama ok ja…Boleh?...Ha! Set la macam tu. Pak Din jangan bagi kat orang lain pulak. Malam sabtu ni memang ramai pakat nak keluaq... ya...ya...satgi lepas magrib saya pi ambik nah..Ok. Assalamualaikum...” Klik! Ternganga aku dok dengar Kak Syarin berunding dengan Pak Din a.k.a Tauke keta sewa ‘tersohor’ di kalangan student Uitm Arau ni. Orangnya muda lagi tapi dipanggil Pak Din kerana gelaran turun temurun oleh senior-senior terdahulu.

“Macam mana?” tanya aku yang kalau tak pergi malam tu pun takpa....

“Jadi! Hehe! Pak Din kata keta abis, tapi dia bagi keta kelisa, hak adik dia punya. Harga sama dia kata.” Jawab Kak Syarin sambil mengambil baki syiling dari telefon awam yang kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok tu.

“Hai! Kak Syarin...nampaknya ada orang nak dapat abang ipar tauke keta sewa ni..hehe!” kataku yang memang sengaja kuajukan terhadap Kak Syarin.

“Heh! Amin! Moga dimakbulkan doa hang tu. Ok apa..at least, kita nak p mana pun senang. Sewa pun tak payah bayar. Kelas gitu!” Haiz! Itu pulak jawapan yang keluar dari mulut Kak Syarin. Tak malu sungguh!

Monday, September 7, 2009

"setan kechil part III"

Hantu tanah! Jembalang Wang Kelian! Ada ka patut dia jerit nama aku kat LT ,malu aku...semua orang pandang-pandang...

"Piah!!!! Sehat ke ari ni?" tersenyum-senyum Adeef dari jauh.Berpakaian baju Melayu berwarna pink lembut dan berseluar slack hitam membuatkan dia tampak berbeza, lebih dari hari biasa. Maklumlah hari Jumaat, semua pelajar digalakkan memakai baju yang bersesuaian dan sopan. Aku sendiri memakai sehelai kurung pink bertanah putih…erk! Tidakkah ini menjadikan aku dan dia sedondon pada pagi Jumaat yang indah ini?

"Gigi aku dah berseringai dah ni, Thi..". Muka aku dah merah padam sambil mengetap gigi.

“Buat dek je..sabar Saffi,sabar...ari ni ari Jumaat,..." kata Thi perlahan.

"Assalamualaikum Piah! Tak jawab salam, dosa! Wah, cantiknya kau Piah…sedondon lagi dengan aku! Mesti kau mimpikan aku malam tadi kan?" Adeef buat muka sehabis manis. Percuma dipertontonkan lesung pipitnya khas untuk Saffiyah Hana.

"Aku jawab dalam hati la! Hang ni kalau tak kacau aku, takleh idop ka?" Ceh! Dia sedar jugak aku pakai kurung yang sedondong dengannya..haiz!

"Memang takleh idop pon.. Ala, Piah..aku bangun je ari ni, aku dah ada misi baru...kacau hg"

"Owh! Tu misi baru hang la..anjuran sapa projek mega hg tu?"

"Atas kemahuan aku yg jitu dan niat suci aku la."

"Apa objektif projek mega hg tu?” saja ke aku ‘perangat’ budak Adeef ni.

"Objektifnya ialah...menghangatkan lagi idop cik Saffiyah kita yang sememangnya lebih hangat dr biasa...amacam? Cun tak objektif tu Thi? Kalau kau nak tambah pon bleh gak. Hehe!" Thi dah menggeleng-geleng kepala. Tapi masih sempat tersenyum, mungkin sedikit terkesan dengan drama sebabak di pagi hari yang tak akan aman sampai ke petang.

"Owh, menarik-menarik! Abis tu apa la target hang untuk projek ni?" memang aku sengaja 'melayan' mamat merapu tak cukup ringgit ni.

"Target nya ialah…kura-kura dalam perahu, pura-pura buat tak tahu, cik Saffiyah kita nan satu! Haha!” balas Adeef sambil berfikir ayat untuk mengenakan aku mungkin. Tapi, sempat si Adeef ni mereka tambah pantun yang dah sedia elok.

“Eh! Aku pergi dulu Piah. Ada kelas. Abis kelas nanti aku buat kertas proposal, then aku antar kat kau untuk approval.” sambil tergelak-gelak Adeef melangkah pergi meninggalkan aku yg terpisat-pisat nak berlawan ckp dgn Adeef. Suka betol dia mereka-reka metafora tahap dewa-dewa yang selalu dikenakan ke atas aku. Haiz!

"Hantu tol! Aku baru dok berkira-kira nak maki dia tadi...dia boleh pi macam tu ja!" kata aku kepada Thi yang tersengih-sengih melihat aku menuding-nuding angin.

“Ala Saffi! Dia cakap je, bukan dia usik mende pon…lelaki memang macam tu la” Thi memujuk aku.

“Spoil mood aku je ari ni…camna ni, dahi aku dok berkerut takleh nak elok balik dah ni..” masih ada sisa-sisa marah dalam nada kataku.

“Ala, ala cik Saffi kita hari ni, takkan la dengan Adeef pon berkira..boleh kena hypertension la kalau macam ni..hihi!” kata Thi masih dengan jenaka kosong untuk menyejukkan hati aku.

“Kalau nasib baik dapat hypertension je takpe, silap hari bulan dapat penyakit lain, tak ke naya..time tu aku tak kira, Adeef tu kena tanggung idup aku seumur hidup..” balas aku tanpa berfikir.

“Haah kan, untung la kau! Bukan setakat dapat bekalan biskut nenas seumur idup, siap kena tanggung lagi..hmm. Lumayan tu!” kata Thi yang memang sengaja tak nak fikir.

Sudah...aku dah makin bimbang-tahap-cipan ni, sementelah baru je aku diperdengarkan dengan ‘ceramah’ HOW GUYS FLIRT by kak Syarin yang memang suka bab-bab hati dan perasaan ni….

Berikut adalah intipati daripada Prof Syarin a.k.a doctor chenta hatiku…

Macam mana orang laki mengorat?

1. Dia pandang kita banyak kali bila bertembung kat tengah jalan...even dah berjalan ke depan pun dia masih lagi pandang ke belakang nak pandang kita..

2. Dia bagi hint kat kita, tak kira la hint yang memang mencabar minda ataupun dia memang nak bagi kita fikir betulkah itu adalah hint sebenarnya..(juz played hitting!)

3. Dia yg start conversation…as if dia yg start tegor…walaupun kita memang tak suka dia tegor kita n he uses the first thing that pops into his head to start a conversation with you like “lawa baju ari ni..nice!”

4. Dia tegur kengkawan kita dengan ramahnya dan nicely serta buat ayat pijak gajah tak mati, tapi dengan kita ayat-ayat membakar jiwa yang selalu keluar dari mulut dia. Kunun amik hati kengkawan kita, biar senang dia nak beli jiwa kita pulak, hello!~

5. Dia cuba buat kita gelak dengan jenaka yang tak lawak, tapi sebaliknya kita yang terluka dengan setiap kata2nya.

6. Dia sanggup temankan kita beli sumtin’ even dia memang ada bnda nk buat ari tu dengan his buddy.

7. Suara dia lembut gila bila korg juz b2 tapi sikapnya berubah bila ada kwn2 yang turut serta. Kunun tak pnah cakap baik dgn kita.

8. Kita hang up da pon, he called you back.. Until he said..”Ok, sweet dream ek”

9. Kamu dijemput skali bila dia and da geng outing tapi, mintak mahap je lah!

10.Dia slalu tpon tapi bukan cakap mende pon..juz nk tanya mkn apa, sehat ke ari ni, buat apa and soalan-soalan remeh so on.

11.Dia selalu tiru gelak kita, ok, you do laugh pretty loud. Dah ada org ckp mcm tu, lagi la kita gelak kuat.

12.Dia ingat semua benda remeh mengenai kita – of coz bezday kita dia ingat, bnda remeh mcm baju apa pakai ari ni, tudung, and even words yang printed kat baju kita pun dia ingat, wala!

13.Kadang-kadang dia pandang straight ke dalam anak mata kita, n kita pun pura-pura tengok tempat lain. (bukan bermaksud tersipu2 malu k). Juz menahan debaran di dada yang tiba-tiba. Giler ah! Panahan menikam jiwa tu!

14.Dia seboleh-boleh nak tolong and pegang barang kita, contohnya buku, payung even kita nk melintas jalan or longkang pun seboleh-boleh dia nak tuntun kita. Hish! Rimas!

15.Last but not least, selalu surprisedkan kita dengan adegan-adegan yang tak tersangka-sangka. Contohnya baju yg kita pakai ari tu sedondon and kengkawan kita yang lain perasan akan sedondonan itu.OMG!

Adakah Adeef Iman dalam kategori mengorat?~

Erk! Mintak simpang malaikat 44.

"setan kechil part II"

Drama sebabak sering berlaku antara Adeef dan aku. Di mana-mana je mesti terjumpa budak sekor ni. Nak pergi dining hall yang sebatu tu ada dia, nak pergi kelas, ada dia, nak pergi surau ada dia, hinggakan nak pergi gerai pun ada dia. Pendek kata ada je makhluk Allah ni kat mana-mana. Aku tahu Uitm arau ni kecik ja, tapi takkan la kebetulan yg maha sangat. Aku rasa muka aku ni dah makin tua dah, apa tak nya asik berkerut 24 jam. Orang-orang tua cakap kalau banyak kedut kat muka cepat tua. Kedutan di muka ni mustahil berjaya dihilangkan dengan tiga langkah yang selalu disarankan pelakon-pelakon yang cantik di tv. Pelembap, penyegar dan pencuci usah ditinggalkan bagi mendapat kulit yang mulus dan bersinar sepanjang hari, begitulah kata-kata yang melekat di ingatan aku, tapi nak jalankan..haram buat! Habis tu, kalau dah 24 jam tolak waktu tidur dan waktu belajar, muka aku ni asyik disajikan dengan muka dak Adeef ni je, ratu cantik pun boleh jadi nenek kebayan.

"Weh Saffi! Hang ni cengeh sangat la kat dak Adeef tu. Aku rasa dia ok apa, dari start masuk Uitm ni sampai la ari ni, hang dengan dia tak ubah macam anjing dengan kucing...tak boleh berjumpa, asyik nak bergaduh ja..aku yang tengok ni pun penat." ujar roomate aku, Thi. Thi ni roomate aku yang paling sempoi. Dia yang paling memahami aku luar dan dalam. Thi atau nama sebenarnya Hani Athirah ni berasal dari Kuala Lumpur. Tapi, sejak berkawan dengan aku, dialek KL tu dah berubah cakap Utara.

"Ha! Elok la tu. Aku kucing takpa,comel! Dia kalau anjing, haram disentuh mahupon dimakan. Layak dijerkah ja dia tu!"

"Ala, Saffi, tak luak pun dak Adeef tu sakat kau, agaknya kalau kau berlembut sikit dengan Adeef tu , takdela dia nak usik kau lagi kan. Ala, aku tengok cara si Adeef tu, dia usik-usik manja je dengan kau. Usik-usik minat gitu" kata Thi tersenyum-senyum.

"Dah!Jangan nak start benda yang tak pernah start. Cokia ar dia tu. Tengok muka dia boleh hangin satu badan aku ni..ni kalau simbah badan aku dengan ayaq ni,boleh tersejat aku ni satgi. Pendidihan tahap maksimum, boleh hangit tau tak! "

"Saffi, Saffi..."

Aku memang tak boleh berkompromi dalam soal manusia bernama Adeef ni. Serta merta aku boleh jadi terbakar jiwa tatkala kelibatnya menerpa ke dalam pandangan aku. Adeef ni pun satu, sampai aku naik fobia apabila bertembung dengannya. Ada ka patut dalam aku dok mengelak dari terjumpa dia di ‘Mushroom’, dia boleh kejar aku dari mesin ATM sampai kedai Makcik Balang. Di dalam kampus n, ‘mushroom’ tu adalah deretan kedai-kedai yang di bina dalam satu kawasan. Kebetulan kawasan ini agak tinggi dari semua kawasan, dan secara tidak langsung semua warga Uitm ni akan berkunjung ke sini untuk membeli-belah, urusan fotokopi, makan-makan dan tidak ketinggalan, aktiviti dating untuk umat yang berpacaran. Sekali pandang macam cendawan tumbuh selepas hujan, make sense rite! Imbasan kembali…dia ni memang sengaja nak naikkan darah aku...

“Aik? Piah pun ada kat sini?...patutla aku rasa macam nak makan biskut malam ni..hihi!” tersengih-sengih Adeef tatkala dapat ‘menangkap’ aku kat kedai biskut tu. Kedai makcik balang a.k.a kedai biskut pasal kat kedai tu banyak balang biskut besar-besar. Ada macam-macam biskut yang dijual makcik tu. Korang sebut je biskut apa, semua ada. Aku suka betol dengan biskut jem nenas. Kalau beli RM2 memang sape pon tak boleh tumpang. Tambah pulak kalu cecah dengan air teh...fuh!! Wa cakap lu, terangkat! Eh, kembali kepada situasi ‘panas’......to be continued......

“Abis tu, hang sorang je la boleh mai kedai makcik ni? Owh, hang sorang je la yang boleh mai mushroom ni…tak dak plak aku tengok nama kedai makcik ni bertukar jd kedai Adeef Songeh..elok je pon aku tengok..”

“ Itu la kau Piah, kau tak tahu. Aku ini bakal menantu pilihan makcik ni…Kalau aku mintak makcik ni tukar nama kedai, sure dia nak punya. Time tu kalau kau nak beli biskut kat kedai ni, jangan haraplah aku jual biskut kat kau, lagi-lagi biskut jem nenas yang kau suka tu. Ha! Better kau buat baik dengan aku…ada faedah di kemudian hari..”

“Heh! Tak hingin aku nak beli kalau hang yang jadi tauke kedai ni! Aku pon boleh hidop la kalau tak makan biskut nenas tu..” aku menjawab dengan agak riak, walhal memang selang 2 hari sure aku beli biskut tu...Alamak! janganla masin mulut Adeef ni nak jadi tauke kedai makcik balang ni. Haiz!

“Tapi Piah, kalau kau cakap baik-baik dengan aku, tak mustahil kalau aku boleh kasi kau bekalan biskut nenas ni sepanjang hidup kau.” Adeef berkata dengan selamba.

“Setakat biskut nenas tu, apa la sangat, ye tak Thi?” sambung Adeef lagi sambil melihat ke arah Thi.

“Kau jangan cakap je Adeef..aku nak tengok kau mampu ke tak kasi bekalan seumur hidup kat Saffi ni...” kata Thi sambil tersenyum-senyum tanda menyokong. Ai Thi! Siapa kawan siapa ni? Aku menjegilkan mata ke arah Thi sambil terkumat kumit mulut aku mengutuk Adeef dalam diam.

“Malas aku nak layan..” sempat aku bagi jelingan maut tahap dewa kat dak Adeef tu.

“Aduhai Piah, kau jeling aku macam tu, tak boleh tidur aku malam nanti…haha!” Adeef ketawa sambil menekan perut dan berlalu pergi dengan ‘dinner’ beliau. Melampau la tu, sampai tekan-tekan perut…lawaklah sangat…

"setan kechil..."

Petang yang aman damai tidak semestinya dapat menyejukkan perasaan aku yang sememangnya panas membara. Hantu betol la budak sekor ni. Kalau tidak mengenangkan background aku yang ala-ala baik punya ni, agaknya dah bertukar rupa dah budak hantu sekor ni. Yang menghairankan aku, sejak aku mengenali makhluk tuhan yang tidak bertamadun ni, nampaknya aku je yang tak tahan daulat beliau ni. Semua warga Arau nampaknya macam respect giler dengan beliau dan semestinya aku tiada sokongan veto untuk membuat sebarang penyataan buruk mengenai beliau. Aduhai! Malang sungguh daku merasakan...

Adeef Iman, bukanlah seperti namanya yang tampak ‘beriman’ dan ‘beradat’ seperti yang dikata. Indah khabar dari rupa (my point of view la...). Daripada junior sehinggalah ke senior, ramai mengatakan beliau adalah antara bakal calon Yang Dipertua MPP...er! sangatlah tidak releven dengan perangai beliau tatkala berjumpa atau terserempak dengan aku di mana-mana. Asal nampak saja budak Adeef ni, jantung aku bakal mendidih dan mungkin mencapai tahap peleburan yang paling maksimum. Mungkinkah beliau adalah satu katalis yang akan mengubah satu tindakbalas reaksi (reaksi aku la tu!), ataupun beliau adalah hexane (bahaya giler since boleh buat orang mandul if terhidu directly) yang akan membeli kesan-kesan buruk sekiranya terdedah secara langsung? Hmm,amat tidak rasional bagaimana seorang Adeef boleh terlibat dalam kancah perasaan seorang Saffi...Saffi!!! wake up! Takkan la...hishh!! perasaan ini tidak seharusnya dipupuk, memandangkan kehadiran Adeef ni hanya sekadar ‘pembuli perasaan’ yakni ‘pemupuk amarah’ yang paling berjaya. Makin difikirkan makin geram!Haiz! Tak macam Addin, secret admirer yang aku ushar ketika orientasi dahulu, encik baik-tahap-tak-hengat a.k.a menantu mithali mak aku. Haha! Aku ketawa besar dalam hati. Ushar yang lain, lain pulak yang ‘lekat’. Tak faham betul aku macam mana Adeef yang lain karektor ketika 2nd day orientasi boleh bertukar kepada Adeef yang masyaAllah! Hanya tuhan saja yang tahu. Masih aku ingat bagaimana tertibnya beliau@Adeef ketika aku sengaja mencipta satu perbualan ringkas dengannya. Sikit punya baik, pijak gajah memang tak matilah! Memang nampak sangat aku yang dominan dalam komunikasi dua hala tersebut.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam."

"Er, can I ask you something? "

"Sure, just shoot it."

"Awak ke yang masuk lambat dalam dewan tadi? Since saya nampak awak ada twin yang... "

"Yup, we are twin. By the way, saya Addin, tadi tu my bro, Adeef. Mesti awak sangka saya Adeef, pasal i’m wearing this.." Addin menuding jari ke kopiah rocknya.
Ok...Aku salah pandang orang kah? Yang ushar sikit punya macam nak telan aku, siapakah? Sahla kes salah aimed ni, nasib baik kembar dua, kalau kembar tiga...

"Okkk...betullah apa yang saya nampak, since ada dua orang yang bermuka almost the same, and you are truly twin..heee, just checking out..no harm done rite?"

"Rite..no harm. Awak budak meche ke? "

"Eh, tak! Saya budak D.I.S. "

"O ok, suppose budak D.I.S pun should have a name, rite. "

"Ooh, Saffiyah.. panggil Saffi je. Hmm, Addin, saya kena g dulu, ada hal sikit kat HEP, nice to know you. "

"Ok Saffi, nice to know you too..”

Time tu aku dah tahu he is not ‘him’. No sparkling in his eyes....

Tetapi, sekarang ni aku dah jadi satu subjek untuk adik kembar kepada abang kembar yang memang aku aimed tu. Oohhh!!! Tuhan! Kan bagus kalau beliau tidak diciptakan sebagai lelaki, kan bagus kalau beliau dijadikan pokok ke, tupperware ke...erk...takpe, tupperware ada guna juga, buat tapau nasik. Tapi,manusia yang bernama Mohd. Adeef Iman, sejak dari azali takde keja lain, asyik nak menyakat aku je kerjanya. Kalau tak menyakat, tak boleh hidup agaknya budak Adeef ni.

"Woi! Aku penat la nak layan hang ni, ada je muka hang kat mana-mana. Kalau hang lalu ja depan aku takpa, ni dak, hg kacau aku lagi. Aku rasa kalau sari (sehari) tak kacau aku, hang tak leh tidoq malam kot." sinis gila muka yang aku pamerkan kepada Adeef ketika terserempak dengannya ketika baru pulang dari kelas. Kalau orang lain, dah lama angkat kaki. Tahan daulat betul beliau dengan ‘ayat-ayat chenta’ yang kadang kala bisa merobek jiwa sang pria.

"Ala, Piah! Aku bukan suka-suka nak kacau kau . Ada objektif aku kacau kau ni. Aku nak bagi hidop kau happy setiap hari. Mak aku cakap kalau tengok muka aku hari-hari, dapat pahala. Hehe!" er! Dapat pahala ke dapat bala encik Adeef...

"Weh! Aku tak pernah dengaq pulak kata dapat pahala kalau tengok muka hantu macam hang ni..ish!! hang pi la main jauh-jauh. Aku meluat tengok muka hang ni, tau dak! Eeee!! " puas hati aku bila dah keluarkan segala isi hati aku.

“Ha..ni lagi satu..jangan suka-suka dok panggil aku Piah, Peah ka, apa-apa yang related dan sama waktu dengan huruf P! Suka hati hang ja nak panggil aku Piah, awat..hang ni berdaulat sangat ka boleh panggil aku Piah ha!"

"Hui, sedap apa nama Piah..lain dari yang lain..aku suka!" Adeef buat muka selamba.

"Dah..dah..aku nk balik dah ni..esok aku dengaq hang panggil aku Piah..jaga! Panggil macam orang lain panggil...mak pak aku bagi nama sikit punya sedap kat aku..hang dok pandai-pandai tukar nama aku..Hish!!" sempat aku tunjukkan jari telunjuk ku kepadanya tanda protes yang maha sangat.

"Aik! Kau nak jupa aku esok, Piah? Hehe! Kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan!” ujar Adeef sambil tersenyum-senyum sumbing.

"Hah?..esok mende plak?..tak teringin aku nak jupa hang..." aku mencebik ke arah Adeef.

"Tu, kau kata esok panggil nama macam org lain panggil...."

"Ish! Payah sungguh aku cakap dengan orang yg tak reti bahasa ni..." balas aku dengan muka masam mencuka.

Selamba gila aku jeling kat mamat tak faham bahasa ni. Dah dua tahun si Adeef ni kacau hidup aku dan aku tak nampak tanda-tanda beliau akan menghentikan aktiviti tidak berfaedah tersebut. Yang menghairankan tu, kenapa beliau tidak pernah berputus asa untuk mengacau hidup seorang Saffiyah Hana Zaid. Kalau boleh dikira maki hamun aku terhadap beliau, mesti dah berpuluh kontena si Adeef buat collection. Orang lain mesti tidak dapat menahan semua kata-kata berbisa aku tu, tapi orang bernama Adeef ni tak faham bahasa Melayu kot, nak nak loghat utara. Itu yang menghairankan aku, dia tak serik-serik dan makin ligat mengusik aku.....Aduh! Pening kepala! Kalau macam ni lagi tiga tahun, mahu aku sakit jantung...daripada stress terus dapat penyakit, tak ke kes naya....

"Saffiyah Hana...i mean it..and i really mean it.. ". tetiba Adeef melontarkan kata-kata yang sangat berlainan tonasinya dan sangat berlainan ekspresi wajahnya. That eyes sparkling again...Tersentap seketika jantungku ini tatkala mataku bertemu seketika dengan matanya...that moment i realize that he really mean it. Seriously...

Saturday, July 18, 2009

~sesuci saffiyah hana~

S.a.f.f.i.y.a.h H.a.n.a
Sesuci jiwa
Aurat terpelihara
Fahami jiwa
Fleksibel
Ikhlas hati
Yakin diri
Anggun pesona
Hati tulus
Hidup bermaksud
Akhlak terpuji
Naluri An-Nisa
Aspirasi taulan

- Adeef Iman

“Well, well, well….Saffiyah Hana Zaid…sedap nama tu. Sepadan dengan orangnya. Si dia takdelah cantik macam siswi lain, tapi ada sesuatu yang menarik mengenai dia yang sopan berkerudung litup. Si dia juga takdelah pandai bergaya seperti Amal, pelajar Pengajian Perniagaan yang terkenal dengan tudung lilit ala-ala jelitawan Wardina Saffiyah, tapi ada sesuatu mengenai si dia yang menarik bola mataku untuk terus melihatnya. Si dia takdelah pandai mengucapkan kata-kata seperti Milia, rakan sekelasku yang petah berkata-kata sehingga dinobatkan sebagai antara pedebat terbaik universiti, tapi tutur katanya amat mendamaikan jiwa walhal segala-gala yang keluar dari mulut kecil itu hanyalah bertujuan untuk meranapkan jiwa aku. Kadang-kadang lucu juga bila ku fikir-fikirkan. Teringat lagi kata-kata Ayin...

“Weh Ayip, ko ni suka sangat kacau budak puan tu. Kesian aku tengok dia. Kalau betol ko sukakan dia, janganlah mengusik sangat. Kang dia mengadu kat mak bapak dia, padan muka ko. Anak dara orang tu...”

“Hehe! Relaxla. Aku pun tahu dia tu anak dara orang, tu sebab aku kacau. Kalau anak teruna orang, tak ke haru. Haha!” ujarku sambil meletakkan buku yang baru ku baca. Kacau betol la Addin ni, mood nak baca buku dah mari, dia pulak buka cerita pasal ‘budak puan’ tu. Haiz!

“Takdelah. Aku bersembang dengan Jim tadi. Dia bagitau aku, ko asik kacau sorang siswi ni, apa namanya... Saffiyah?..ha, Saffiyah.” Addin meletakkan kopiah di atas meja dan merebahkan diri di atas katilku. Korang jangan salah sangka pulak, Addin ni bukan roomate aku ye, bilik dia selang sebuah dari bilik aku. Tapi, memandangkan kami ni kembar, susah untuk kami tidak bersua muka dalam jangka masa yang panjang. Aku relax je, Addin ni kadang-kadang dia yang lebih. Rindu kat aku la tu, hehe! Kalau diikutkan sejarah hidup kami sebagai kembar selama 19 tahun, kami tak pernah berpisah jauh. Alhamdullilah kami telah berjaya melanjutkan pelajaran di kampus yang sama walaupun kursus yang kami berdua ambil, berlainan. Ini pun, tiap-tiap malam mesti datang lepak bilik aku. Kalau exam weeks, siap dengan bantal, comforter angkut masuk bilik aku, konon stay up la tu.

“Heh, pembetulan ye. Bukan kacau, usik pun tak. Aku cuma tegur dia je, nak berkenalan. Ala! Standard la kalau orang laki nak start tegur budak puan...bukan luak pun” terangku dengan muka tak bersalah.

“Luak tak luak. Kalau suka, cakap suka...ko buat anak orang macam tu, kalau aku jadi abang dia, nahas ko aku kerjakan. Bukan aku tak tahu ko punya ‘tegur’ tu macam mana.” nasihat Addin. Aku pulak memuncungkan mulutku tanda protes. Saja je aku buat macam tu untuk bagi Addin rasa part dia sebagai abang. Dah biasa kena marah dengan si Addin solehin ni. Hehe!

“Haha! Ni mesti Jim cerita yang bukan-bukan kat ko ni, betol tak?” Jim@Azim a.k.a roommate, coursemate, classmate, dan lab partner aku. Tak guna betol la Azim ni, ada ke dia cerita dengan Addin peristiwa petang tadi. Azim ni geng P.I dengan Addin, tu sebab dia rapat dengan aku, dia rapat dengan Addin. Aduh! Susah la kalau ada spy pencen yang kaki cerita dekat Addin. Hish!

“Kampus ni kecik je weh....kalau bukan Jim yang bagitau, ada ramai lagi yang nampak.”Addin seakan-akan berbisik sambil matanya dah start menelaah buku di atas katil.
Uik! Addin dah start ganti tempat umi kat sini dah ni. Aku menggaru kepalaku yang tak gatal. Ala, nak takut apa, aku tak buat salah, buat apa nak rasa bersalah. Salahkah aku ‘tegur’? Imbasan kembali peristiwa petang tadi, time tu aku baru je keluar dari kelas terakhir untuk hari ini. Telingaku menangkap suara-suara ketawa di belakangku.

“Hee! Betoy Thi, aku habaq betoy kat hang. Cerita ni memang lawak habaq mai. Aku tak sangka yang Cek Lan ada dalam bilik tu, aku bubuh assignment tu bawah pintu dia hang tau dak. Aku ingat dia tak dak pasal kat luar bilik dia ada tampal tulis kata dia tak dak. Yang bestnya, aku boleh cakap kat Balqis “Cek Lan ni time aku rajin antaq assignment, dia bukannya ada. Time aku tak antaq tu, pulun suruh aku antaq!” Tup tup! Coih! Dia bukak pintu hang tau. Terkejut aku dengan Balqis.....bla bla bla..”

Ternganga aku dengar budak siswi tu bercakap. Serius loghat utara dia ‘dalam’ sungguh. Aku yang selalu dengar budak Kedah sebelah bilik aku tu bercakap takdelah ‘dalam’ sangat macam ‘si dia’ di belakang aku ini. Tanpa mengendahkan Jim yang berjalan di samping aku, serta merta imej nakalku menjelma. Aku terus menoleh ke belakang…Eh,eh...ulam dicita, pucuk mendatang....

“Assalamualaikum. Minta kerjasama ye, kalau nak bercakap, sila perlahan sikit ye. Kelas lain ada yang tak habis lagi. Lagi satu, hmm...sila betulkan tatabahasa yang awak guna. Banyak sangat kesalahan.” Dengan muka penuh selamba, ku lontarkan senyuman sinis. Jim tertawa kecil melihat drama kecil. Sebenarnya aku nak tengok reaksinya...

“Hello! Hang ni pening ka apa? Hang cuba tengok sekeliling...” terhenti sebentar tawa-tawa comel yang menangkap telingaku sebentar tadi.

“Hello! Ye, nak cakap dengan siapa?” aku menyakat’nya’ sambil tanganku menggayakan seakan-akan telefon ke telinga.

“Erk, pasai pa dia ni..Kawan hang ka ni Thi? Buat lawak pukul 5 petang ka..” si dia terus-terusan membuat pertanyaan. Kawan ‘si dia’ hanya menjungkit bahu tanda tidak kenal.

“Kawan seagama. Betol tak, Thi?” aku membuat pernyataan sambil mengalihkan pandangan ke arah Thi yang aku boleh mengecamnya dari perbualan sesingkat tadi.

“Errrrr...Thi, aku rasa sebelum muka aku naik hijau, dan muka mamat ni jadi biru, better kita belah dulu. Berbulu dah aku rasa ni.” ‘Si dia’ melangkah laju bersama kawannya meninggalkan aku yang baru je beroleh ‘kemenangan’. Hehe! Syok juga kacau orang ni. Kembang hatiku sebentar. Tiba-tiba ada satu sapaan ke atas bahuku..

“Uik Adeef! Ko buat apa depan kelas aku ni. Kacau siswi kelas aku pulak tu, macam aku tak tahu.” Budi, ‘jiran’ bilikku memulakan kata.

“Heh! Mana ada, muka aku ni muka pengacau ke? Aku ni baik la...”

“Baik ada makna tu, haha!” pecah ketawa kami bertiga. Cis! Tak guna kau Budi! Sempat kau kenakan aku.

Blok D yang menempatkan kelas Kejuruteraan Awam dan juga makmal untuk pelajar Sains kami lewati sambil berbual kosong. Antara kelas yang menjadi feveret kerana si dia berada di kelas sebelah. Setiap hari Rabu dan Jumaat, tepat pukul 5 aku tidak akan melepaskan peluang untuk menatap wajahnya, tanpa ‘si dia’ sedari kelibatku yang sedang memerhatikannya. Cuma hari ini, nasibku agak baik kerana berkesempatan untuk menyapanya, walaupun cara tersebut mengundang amarah. Pedulik apa aku, janji aku boleh dengar suara dia, haha! Adeef, Adeef....kau ingat anak dara orang ni takde perasaan ke..haiz!

“Bud, budak puan tadi tu siapa huh?”

“Heh,baru keluaq soalan tu, Jim. Aku ingatkan sampai ke sudah dia tak mau tanya..lawakla hang ni,hee!”

“Eh, apa pulak, aku saja nak tau je. Takde maksud lain pun. Aku ni kan baaa….ikkk!” saja aku tekankan perkataan baik tu supaya menutup segala kegugupanku.

“Baiklah sangat. Macam la aku dengan Jim ni tak tau hang memang ada hati kat budak tu. Aku dok tunggu bila hang nak tanya aku…akhirnya!” tu dia, habis semua loghat utara dia bawak keluaq petang tu.

“Bagitau je la Bud, aku takut ada orang tak tido malam ni..” sampuk Jim yang dati tadi hanya menjadi pemerhati bebas.

“Aku nak bagitau la ni. Aku ni bukanla kejam sangat. Aku pun nak jugak tengok kawan-kawan aku bahagia. Hehe!” ujar Budi yang semakin lama semakin naik tocang mengenakan aku. Si Budi a.k.a Budi Suhardi ni anak seorang penyajak tersohor. Tidak hairanlah namanya pun berbaur seniman. Aku juga tidak terkecuali antara yang menanyakannya ada apa pada namanya (jawabnya ada apa dengan cinta, begitu juga dengan namanya. Heh, si Budi ni!)

“Hey, takde papelah...” aku masih berteka-teki.

“Takdak papa dia kata, Jim. Yang selang sehari dok kacau budak tu apa ke hal nya. Yang bestnya tu, budak tu jugak yang dia kacau.”

“Haah, aku setuju. Budak kelas ko kan, Bud?”

“Aku malas la nak kata apa kan, si Adeef ni tarik papan, sorong papan pulak...”

“HAHA!” ketawa besar aku dengan Jim. Gila la budak Budi ni, kadang-kadang ada je ayat yang menggelikan hati keluar dari mulutnya.

“Ok, ok. Aku mengaku kalah. Dua lawan satu memang aku kalah. Baiklah Tuanku Bud, siapalah namanya gerangan yang selalu hamba usik di perkarangan taman nan indah tuanku tu?” sengaja aku berlakon ala-ala purbakala dek kerana si Bud ni yang selalu menceriakan suasana.

“Hehe, sejuk hati aku dengar. Nama budak tu Saffi…Saffiyah Hana Binti Zaid. Budak tu boleh tahan cenge hang tau dak. Mula-mula kenal dengan dia, berperang dulu dengan aku. Maklum la, dia sekolah puan semua, aku pulak sekolah laki semua. Kira tak sebulu la. Tapi, lama-lama ok la. Cuma dia terbawak-bawak sentimen ‘perkauman’ mai sini. Sekolah dia tak baik dengan sekolah aku. Tapi yang aku heran tu, budak sekolah dia ramai yang couple dengan budak sekolah aku. Tang mana yang perang pun aku tak tau. Dunia ni pelik kadang-kadang.” Panjang lebar pulak si Budi ni menerangkan kepada aku. Dalam diam, semua informasi yang diberikan Budi ku simpan kemas dalam ingatan. Aku pun tak menyangka yang aku akan mudah tertarik kepada salah seorang golongan hawa di muka bumi Arau ni. Haiz! Jiwa kacau ni! Seorang Saffiyah Hana alias Saffi... Apa kelas nick Saffi...Saffiyah?..patut Piah la kan. Haah! Piah....hmm....

Friday, July 17, 2009

"sama tapi tak serupa"



Chop! Aik! Awat ada dua orang muka sama?

La..kembar rupanya. Aku tengok yang mana satu tadi hah? Ui! Gilerlah…serius sebijik muka depa sama..kembar seiras kot.. Tapi, yang pastinya aku tengok tadi pakai kopiah. Hai Saffi…memang taste tak lari, mesti yang alim-aliman, jenis yang tutup kepala, tak kisahla pakai kopiah ke cap ke, kemudian orang tu dalam kategori berkulit cerah. Lagi satu syarat yang memang tak boleh belah…orang tu mesti bergoaty. Memang menangkap mata! Sepanjang aku ada sejarah secret admirer ni, semua S.A aku bergoaty. Mungkin aku banyak terpengaruh dengan gaya family aku. Ayah, Pak Lang, Pak Su, Abang Mi, Abang An dan kebanyakan warga lelaki di dalam keluarga aku berjanggut. That’s explain everything huh! Twink! Twink!


Hehe! Aina, rezeki datang bergolek rupanya. Bukan sorang S.A ja aku dapat, sekali mai pakej, dua dalam satu. Teringat time sesi pagi tadi, aku yang dah berpengalaman selama 4 tahun dalam bidang ushar-mengushar tewas akhirnya di tangan mamat goaty tu. Boleh dia pandang-pandang, jeling-jeling ke belakang. Aku yang semestinya tak bersedia dalam erti kata sebenar mulalah menggelabah biawak, ala-ala biawak yang berjaya ditangkap oleh tuan reban ayam apabila mencuri telor. Aku bukannya cuak, cuma malu apabila tindakan berani mati aku memandang tepat ke arah si pria secara terang-terangan berjaya ditangkis seeloknya bak Rashid Sidek menangkis bola tangkis ke gelanggang lawan. Bergh! Mata coklat itu menambat banyak hati di dalam dewan tadi. Bukan aku sorang saja yang merasakan aura si goaty itu, ramai juga siswi yang mengushar baik punya, sementelah mamat tu adalah individu yang paling akhir masuk ke dewan. Ketinggian dan gaya yang tersendiri membuatkan gerangan lelaki itu kelihatan gah di mata semua since individu yang datang lambat ke suatu majlis sepatutnya tidak beroleh tumpuan ramai, duh! Hmm...Sounds interesting rite! Can’t wait to see how next 3 years will change my life…

Wednesday, May 20, 2009

"dats sumthing about her..."

Dari mana hendak ke mana?
Dari kota turun ke jeti,
Dari mana datangnya cinta?
Dari mata turun ke hati.
-Adeef

Ahah! Sasaran baru nampaknya… cantik ah!
Memang tak salah lagi penglihatan mata cantik yang aku warisi dari ibuku ini. Siswi baru tu memang tengok aku dengan mata yang mencerlang. Kenapa? Ada aku kenal?..tak kan! Abis tu, nape buat muka yang terperanjat maha dasyat macam aku tak pakai baju. Kemeja aku sama corak macam dia pakai jugak, yang sekali pandang macam kain tirai tingkap kat bilik asrama Jati. Abis tu, kenapa pandang aku macam dia kenal aku...satu sekolah kah kita? Dah Adeef! Kau tu dah lambat, dewan pun dah penuh, saja je nak bagi si Zimi, abang fasi yang anti-Adeef tu kenakan kau. Jalan cepat sikit Adeef, kau tu terhegeh-hegeh jalan. Mak ai, ramai jugak kemasukan kali ni. Apabila menjadi seseorang yang masuk lambat ke sesuatu majlis, rasa macam jadi celebritylah pulak. Semua orang pandang dan mula kedengaran suara-suara halus yang berbisik-bisik. Tapi silap banyaklah, Adeef loves attention! Haha! Hai..yang si Addin ni pun satu, kenapa la boleh tinggal kopiah dia ni atas katil aku. Tak pasal-pasal aku kena pakai masuk ke dewan, alasan takut terlupa. Dah la tak gerakkan aku dari tido, dibiarkan aku lena diulit intan. Mentang-mentanglah aku tido lambat semalam, balas dendam la tu. Takpe, ada ubi ada batas. Mana budak Addin ni......Ha! Tu pun dia, line ke 3 dari barisan hadapan. Aduh! Depannya! Teruk betul la Addin ni. Skema tak hengat. Fuh! Nasib baik ada tempat kosong lagi.

“Ayin! Teruk la kau ni..ada ke kau tinggalkan aku. Tak guna btol la kau ni...ni, yang atas kepala aku ni, ko nak ke tak? Kalau tak nak,aku pakai.” Bisikku seakan mengugut.

“Ssshh.. dah la datang lambat, bising plak tu. Aku terlupa. Bak balik kopiah aku. Kang bau minyak rambut kau yang berkati-kati tu melekat kat kopiah aku.”

“Ewah! Sempat lagi ko mengutuk aku ek.”

“Ala, jangan la marah. Ni aku simpankan tempat untuk kau, kira 0-0 k” sambut Addin sambil menadah tangan menyambut kopiah kesayangan bertukar tangan. Kopiah tu pemberian opah kepada Addin ketika ditanya benda apa yang dia nak dari Mekah.

“Kalau betol opah nak bagi, Ayin nak kopiah. Kalau boleh Ayin nak warna koko, warna tanah.” Jawab Addin dengan pastinya. Apabila ditanya kepada aku, ni jawapannya...

“Hmm..Ayip tak boleh fikir la opah. Tak tahu apa benda yang Ayip nak. Kena fikir dulu... tak pun macam ni, opah bagi je apa-apa pun, Ayip terima dengan hati terbuka. Hehe!” senyumku sambil mempamerkan lesung pipitku. Percuma untuk wanita kesayanganku itu. Hasilnya, opah telah membelikan kami serba satu barang, 2 kopiah, 2 jubah, 2 serban, 2 sejadah dan pelbagai lagi barang yang memang dibelikan serba 2. Opah kata tak payah nak sakit-sakitkan kepala memikirkan barang apa yang perlu dibeli. Lucunya, jadilah kami seperti 2 stoogers yang berpakaian sama pada hari kenduri kesyukuran, khusus menyambut opah yang baru pulang dari Mekah. Rindu Opah....

“Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua adik-adik peserta orientasi. Saya Zimi Haikal, ketua fasilitator orientasi kita pada kali ini. Saya harap adik-adik peserta dapat mengikuti segala program orientasi yang telah diaturkan untuk anda semua. Orientasi kita dah berjalan selama 2 hari termasuk hari ini, ada 2 hari lagi untuk anda semua bergelar siswa-siswi universiti ini. Jadi, kepada semua adik-adik, sila bersabar dengan pelbagai program yang bakal mencabar emosi dan fizikal anda. Selamat menempuh hari yang ‘menyeronokkan’. Saya serahkan majlis kepada fasi yang bertugas...” ucapan titik.

Ucapan dari Zimi mematikan segala rasa rinduku terhadap Opah. Terbang segala bayang-bayang Opah di minda aku ketika ini. Serentak dengan tepukan tangan dari semua peserta, aku pun spontan mengalihkan badan dan memandang ke belakang. Mencari-cari wajah yang menangkap mataku tatkala aku masuk ke dewan tadi. Nah! Itu dia! Di barisan 5 sebelah kanan barisan aku. Hehe! Malulah tu, tertunduk-tunduk dia bila aku curi-curi pandang dia. Comel!

Sunday, May 10, 2009

"dats sumthing about him....."


“Duhai hati…
Kenapa hati berdebar?”
Jawab hati…
“Tanyalah mata
Kerna mata bisa mengungkapkan segalanya”
“Duhai mata…
Apa yang kau pandang?”
Jawab mata…
“Aku saksi segala...
Kerna dari mata pasti turun ke hati...
Segalanya bermula di sini…”
-Saffi

Goaty!!!

Tall, dark (not too dark actually, typical Malay lah. Sawo matang gitu..), and goaty!!!!

Ekspresi hatiku tatkala terpandang makhluk tuhan yang paling seksi! Erk! Makhluk tuhan yang paling menarik kat dalam dewan semasa orientasi hari pertama. Walhal, si dia ini berpakaian sama je dengan aku dan semua orang yang terpaksa memakai baju rasmi universiti yang amat tidak menarik dan sangatlah tidak mengikut fesyen semasa. Siswa dikehendaki memakai kemeja lengan panjang dan siswi pula berbaju kurung dengan corak yang sama. Aku bukan seorang trend follower, tapi baju kurung yang berwarna biru dengan corak yang ditekap dengan logo universiti tidak menjadikan sesiapa pun akan merasa istimewa. Sementelah semua pelajar baru dikehendaki memakai sebegitu, jadi apa yang menariknya untuk dilihat. Tudung kuning cair yang tidak diseterika atas permintaan kakak fasilitator terpaksa kupakai untuk hari pertama orientasi. Oh! Amatlah tidak best perasaannya. Tapi aku menjaga hati dengan memikirkan semua pelajar siswi pun senasib denganku dan ini hanyalah salah satu cabaran sepanjang empat hari sesi suai kenal yang aku fikir semuanya akan berakhir tidak lama lagi. Lagipun aku memang dikenali sebagai seorang yang simple dan boleh dikatakan tidak kisah dengan penampilan mahupun gaya yang dipertontonkan. Tidak hairanlah semasa di sekolah dahulu aku dipanggil Saffi Slumber. Itupun aku boleh dikatakan sebagai pelajar senior yang wanted oleh pelajar junior dek kerana sifat aku yang sempoi bak kata geng aku. Jadi, setakat tudung dan baju yang bekeronyot dek tidak diseterika bukan satu masalah untuk aku yang bernama Saffiya Hana. Kat sekolah dulu pun selalu je aku pergi sekolah dengan baju yang tidak sempat diseterika, ye lah...nak tunjuk pada siapa. Lima tahun berada di sekolah yang kesemuanya perempuan menjadikan aku seorang yang begitu...Saffi. Ada aku kisah? Tak kan? This is me! Tapi, apa yang berlaku sebentar tadi menjadikan aku seorang yang ambil kisah terhadap penampilan. Alamak! Tudung aku keronyotlah! Mulalah aku buat-buat kelepet tudung bagi menutup kegugupan aku. Gugupkah aku? Ada aku kisah? Ada! Memang aku kisah...

Saat si goaty memasuki pintu dewan, dengan tidak semena-mena aku yang duduk di depan memandang ke belakang dan mataku tertancap ke arah subjek yang sedang berjalan dengan penuh berhemat. Padahal sepanjang 15 minit aku berada dalam dewan, aku langsung takde inisiatif untuk memandang ke arah barisan yang menempatkan siswa di sebelah barisan siswi. Lain pulak jadinya apabila si goaty memasuki dewan, aku dapat merasakan bahawa bukan aku seorang saja yang menyedari aura si goaty ini. Boleh tahan jugak mamat ni. Tak berkelip mata aku memandangnya. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah, si goaty ini memakai kopiah, bukan songkok ye kawan-kawan! Kopiah rock warna kelabu. Dengan ketinggian yang agak luar biasa (ketinggian 165cm adalah normal ye bagi lelaki Melayu, imagine si goaty ni 170cm, tinggi la tu!). Agak tidak sopan sebenarnya bagi seorang siswi macam aku memandang seorang siswa dengan pandangan yang tajam lagi menikam. Ye lah, macam dah terbalik pulak. Patutnya siswa yang mulakan langkah sulu, bukannya siswi, nak-nak siswi yang junior macam aku. Cewah Saffi, Saffi…baru satu hari dirimu berada di tanah subur, bumi Arau ni. Hai la hati, janganla dikau berdegup dengan begitu kencang, kang tak pasal-pasal si goaty dapat tahu apa yang tersirat di dalam hati. Dup dup!…dup dup! Eh, chop! Bukan dup dup..lup dup…lup dup! Alamak, si goaty pandang aku lah. Betul ke dia pandang ni. Macam tak logik pulak pasal aku ni takdelah cantik, tapi takdelah buruk bak kata geng aku tatkala aku mengatakan bahawa takde lelaki yang nak kat aku yang kayu ni. Ceh! ada jugak statement menjaga hati by Yuvie & Nuno ni. Kuikuikui! Adakah si goaty sedar dirinya menjadi tatapan mataku yang sepet macam anak Uncle Kong yang selalu hantar gas ke rumah aku. Adakah dia tertanya-tanya kenapa budak siswi ni pandang dia semacam, seakan-akan dia memakai baju tidak cukup kain. Tapi, cara dia memandang balik takdelah macam dia marah. Cuma pandangan yang dilontarkan tu sukar ditafsirkan. Pandangan suka atau tidak suka, itu aku tidak pasti. Cuma dua alasan tu saja yang bersilih ganti dalam akal aku yang belum cukup matang ni demi meredakan perasaan aku yang bercampur baur dengan…menggelabah!
Aina! Aku dah jumpa katalis yang bakal mengubah hidupku sepanjang 3 tahun di Arau! Twink, twink!

Nostalgia giler bab-bab katalis ni. Aku boleh dikatakan agak expert dalam hal-hal mencipta satu anjakan paradigma bagi membolehkan aku berasa seronok untuk menjalankan sesuatu benda yang aku memang tidak bersemangat langsung nak buat. Contohnya dalam hal melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku tak suka, nak nak tercampak jauh kat Arau ni. Lepas je dapat result SPM, aku terus bertekad tak nak ambil subjek yang berkaitan dengan Sains lagi. Tapi, nak buat macam mana, benda yang kita tak nak, selalunya itu yang akan kita dapat. Zaman sekolah dulu, ‘benda-benda’ ni dipanggil S.A iaitu singkatan untuk secret admirer. Kalau korang bersekolah di sekolah perempuan, mustahil korang tak pernah dengar term macam tu. Tipulah kalau korang cakap yang benda-benda ni takde dalam kamus hidup korang. Kalau korang nak tahu, sepanjang aku bersekolah dulu, rasanya ada dua, tiga orang secret admirer aku kumpul (i’m straight okey!). Bukan aku sorang je yang buat ‘perangai’ camtu, kawan-kawan aku semua ada secret admirer masing-masing. Kitorang collect S.A kat tuisyen atas alasan S.A ni akan menjadikan kami lebih konsisten menghadirkan diri ke kelas tuisyen tersebut. Aku and the geng memang terkenal dengan kemalasan untuk ke kelas tuisyen. Duit bulanan kitorang bayar, tapi dua, tiga kali je kitorang hadir dalam sebulan. Rugi kan. Tak pun, kitorang hadir masa seminar penting je contohnya seminar macam mana nak tackle soalan exam dan seminar persediaan untuk peperiksaan. Tapi, dengan adanya S.A kat kelas tuisyen tu, kami akan menghadirkan diri dengan rela hati dan tanpa dipaksa, ilmu pengetahuan akan cepat sampai ke otak. Aku tak menafikan yang S.A jugaklah yang menyebabkan aku berjaya mendapatkan result yang boleh tahan dalam SPM yang lalu (kalau nak dibandingkan dengan geng aku yang lain, aku the worst, hehe!).

Nak dijadikan cerita, bestfriend aku, Aina sempat berpesan pada aku tatkala aku mengatakan bahawa hidupku akan boring dengan ketiadaan beliau di sisi aku. Katanya…
“Nak boring apanya, cari S.A sorang, aim yang tu ja sepanjang 3 tahun hang kat sana. Aku yakin life is not so boring my dear.”

Betul Aina, tak salah lagi pesanan petala kelapan yang dikau kirimkan kepadaku tempoh hari. Akan ku jayakan misi ini dengan penuh dedikasi. Cewah!

Sunday, May 3, 2009

'huu, sedeynya beb..(jauh di mata, dekat di hati!)"

* perkara yang membebankan jiwa kadang-kadang memaksa kita menjadi orang yang tidak sepatutnya...

Agaknya apa yang akan mendorong aku untuk terus bertahan di bumi Arau itu,musykil berbalas dengan bingung sambil mencari satu point kukuh bagi menenangkan hati yang durja. Harus bagaimana lagi untuk aku terus menanam rasa seronok dan sukakan tempat itu untuk terus bertahan, bertahan dan bertahan. Masih aku ingat bagaimana murung dan monyoknya mukaku tatkala aku mendapat tawaran untuk melanjutkan palajaran di dalam kursus yang aku tidak minati. Serasa aku, kursus Diploma Sains tiada dalam pilihan kursus yang aku minta bagi mengisi borang kemasukan universiti. Apalah nasib aku ni…mungkin aku berjodoh untuk terus menimba ilmu di tanah Arau, Perlis ini.

“Ala, takpalah. Mana-mana tempat pun sama jugak. Arau pun okey. Shah Alam pun okey. Mana-mana pun sama ja. Jarak dan tempat tidak akan mengubah persahabatan kita. Takkan berubah sedikit pun…”. Aina Amirah memujuk aku yang masih berasa seperti ‘tersisih’ dalam duniaku sendiri. Aina berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi Mara,Shah Alam, kursus pertama yang menjadi pilihannya.

“Jauhnya hang pi..at least aku ni sebelah negeri ja. Dah pi sana lupa kat aku..ya lah ramai kawan lain kat sana..” aku masih tidak berpuas hati dengan pujukan Aina.

“Memang akan ada kawan lain kat sana. Hang pun akan ada kawan lain kat Arau. Tapi mesti takkan sama. Aku harap kita tak putus hubungan. Ingat lagi tak macam mana kita berutus surat tiap-tiap hari walhal kelas kita sebelah menyebelah je, rumah kita pun tak sampai 500m. Aku nak kita macam dulu-dulu jugak, saling berutus surat. Kalau hang ada masalah, hang cerita kat aku. Ala, telefon pun boleh. Nak dengan tak nak ja. Jangan pulak time tu hang dok buat lupa kat aku, maklumlah dah ada kawan lain”. Masih lagi dengan nada memujuk.

“Yelah, aku faham. Aku janji aku tulis surat kat hang. Hehe!” senyumku bertaut kembali.

*dedication song; the climb - miley cyrus utk 'aina'....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...