minggu lpas je aksi makan kuasa dua telah berjaya dilakukan dengan jayanya yakni kejayaan pemakanan yang sangat jayanya...dilakukan oleh orang-orang kodondeng yang sangat berjaya dalam pemakanan. ini adalah sebahagian pemakanan yang sangat sedap pada minggu lpas dan aku akan kembali menerjah tempat2 ini dalam masa terdekat ini~tunggu...
meal 1; MOI SUP CAMPUR
meal ini terdiri daripada nasi lembik yakni moi dan disimbahi dengan sup daging yang berlinang dengan kolesterol yang amat degil ; semakin tinggi kolesterol semakin sedap sesuatu makanan itu. diliputi dengan no. of daging plus ayam plus perut lembu. dats why kita panggil campur!semua taruk~ harga tak mahal rm4.50. dia punya mangkuk.....wala!!sangat besar~terkejut la jugak aku.aku ingat makcik kedai ni perli aku~
meal 2; KUEY TIAW KUNGFU~watchaaaaa!!!~
sangat menyelerakan. gabungan kuey tiaw dan juga sayur-sayuran segar yakni semua nya dicampak ke dlm kuali, almaklum ala-ala kungfu gitu. ditemani 2-3 ekor udang bersama hirisan ayam membuatkan meal ni sangat mesra dengan mulut aku~hehe! antara yang kedai yang best la klu nk mkn kuey tiaw kungfu..aku bg 4 stars!~
meal 3; PIZZA HUT @ u kno where to get
sangat menyelerakan tatkala makan panas2,sangat berkrim, very cheesy~more 25% (kata iklan kat situ). pastu ada plak cebisan2 nanas segar atas dia. nak eloborate byk2 pon susah, senang cerita, p cuba sendiri...
*sebenarnya ari tu kami nak mkn nasi kukus ayam goreng berempah, sekali penuh dengan umat yang tak p sembahyang jumaat, makanya kaki melangkah ke pizza je, cuba tengok macam mana cheese tu dok goda aku, sekali angkat jd mcm tu, haiz! cair betol,,sluurrrrpppp!~
meal 4; TOMYAM NOODLES @ 'secret' place...
fullamak! memang terangkat giler, [manis+pedas+masin+masam=semua cukup] tapi sayang warna terlalu plain~aku suka kalau ada kaler dlm mknn aku, ni satu kaler je~merah. rasa? wala!menepati citarasa aku~
hakikatnya kita dengan makanan mmg sinonim, tak makan bukan manusia la namanya...betol tak? tp mkn biar berpada2...sakit, sapa susah?kita jugak! nk kna telan pil chi kit teck aun plak~ :)